Hubungan Antara Amalan Perancangan Strategik Sekolah Dengan Pencapaian Murid Di Sekolah Menengah Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perancangan strategik dan pencapaian murid sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan dan pengaruh antara perancangan strategik dengan pencapaian murid. Pemboleh ubah perancangan strategik kajian ini be...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: How Ping, HA
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2023
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://ir.unimas.my/id/eprint/43035/5/Ha%20How%20Ping_dsva.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43035/6/Thesis%20master_Ha%20How%20Ping%20-24%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43035/10/Ha%20How%20Ping%20ft.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perancangan strategik dan pencapaian murid sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan dan pengaruh antara perancangan strategik dengan pencapaian murid. Pemboleh ubah perancangan strategik kajian ini berdasarkan tujuh fasa proses dalam model Hairuddin dan Muhammad Bustaman (2009) yang diamalkan di sekolah. Manakala pemboleh ubah pencapaian murid merujuk kepada kemenjadian murid berdasarkan indikator dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 135 orang pengetua sekolah menengah kebangsaan dikenal pasti sebagai responden melalui pensampelan rawak strata. Data sampel sebanyak 130 diguna pakai dan diteruskan dengan analisis deskriptif dan inferensi melalui “IBM SPSS Statistics” versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap perancangan strategik sekolah kajian adalah sangat tinggi (min=4.29) dan tahap pencapaian murid keseluruhan adalah sangat tinggi (min=4.04). Keputusan ujian korelasi telah mendapati perancangan strategik mempunyai hubungan yang sederhana kuat dan signifikan dengan pencapaian murid (r=.515). Dapatan kajian juga menunjukkan setiap proses dalam perancangan strategik berkorelasi dengan pencapaian murid secara signifikan. Selain itu, keputusan ujian regrasi berganda menunjukkan perancangan strategik mempengaruhi pencapaian murid sebanyak 31.6%. Sehubungan itu, para pentadbir di setiap peringkat pengurusan pendidikan harus memberi perhatian sewajarnya terhadap perancangan strategik untuk mencapai matlamat organisasi terutamanya dalam aspek peningkatan prestasi murid.