Metafora Konseptual Dalam Bahasa Halus Masyarakat Iban Sebuyau,Sarawak

Bahasa merupakan elemen yang sangat penting untuk melancarkan proses penyampaian maklumat kepada seseorang. Salah satu variasi bahasa yang semakin jarang dituturkan ialah bahasa halus. Bahasa halus merupakan fenomena berbahasa yang menjadi medium untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tersirat. Pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Clinton, Ringit, Hamidah, Abdul Wahab, Remmy, Gedat
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/44975/3/DOW_Clinton%20Ringit.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/44975/4/Thesis%20Master_ClintonRingit%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/44975/5/Thesis%20Master_ClintonRingit.ftext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa merupakan elemen yang sangat penting untuk melancarkan proses penyampaian maklumat kepada seseorang. Salah satu variasi bahasa yang semakin jarang dituturkan ialah bahasa halus. Bahasa halus merupakan fenomena berbahasa yang menjadi medium untuk menyampaikan sesuatu mesej secara tersirat. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti bahasa halus seperti perkataan atau frasa berlandaskan kerangka pengkategorian eufemisme saranan Allan dan Burridge (1991) yang terdapat dalam ujaran masyarakat Iban Sebuyau, Sarawak. Selain itu, penulisan ini menerapkan pendekatan metafora konseptual (Lakoff & Johnson, 1980) untuk menganalisis unit kata atau frasa bagi setiap domain bahasa halus tersebut. Metafora konseptual berperanan untuk membentuk pemahaman bagi domain yang abstrak kepada domain yang lebih konkrit. Metafora konseptual pula berbentuk satu set pemetaan yang mengandungi domain sumber dan domain sasaran. Kajian ini turut menganalisis hubungan budaya dengan bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau berpandukan pendekatan Antropologi Budaya oleh Keesing (1981). Kajian ini menerapkan kaedah kualitatif, iaitu melalui temu bual berstruktur untuk mendapatkan data melibatkan 10 orang informan perempuan dan 10 orang informan lelaki. Hasilnya, kajian ini memperoleh 20 data melalui empat domain, iaitu domain ketakutan, kematian, kepercayaan, dan kejantinaan. Dapatan kajian menunjukkan data bahasa halus Iban Sebuyau berkait rapat dengan kerangka metafora konseptual seperti metafora orientasi, metafora ontologi dan metafora struktural. Pendekatan metafora konseptual yang disarankan oleh Lakoff dan Johnson (1980) menunjukkan data bahasa halus masyarakat Iban Sebuyau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengalaman dan kepercayaan masyarakat Iban. Hubungan bahasa halus dengan konteks budaya masyarakat Iban Sebuyau juga menunjukkan sistem kepercayaan dan menghormati alam lain amat dititikberatkan dalam setiap tutur kata. Kata kunci: Bahasa halus, Iban Sebuyau, metafora konseptual, budaya, semantik kognitif