Ujaran Implisit dan Akal Budi dalam Filem P. Ramlee: Analisis Semantik Inkuisitif

Filem merupakan salah satu medium menyampaikan mesej melalui lakonan para pelakon. Filem- filem klasik seperti filem arahan dan lakonan P.Ramlee banyak menggunakan dialog tersirat sehingga tidak dapat diterjemahkan secara harfiah. Maka, kajian ini dijalankan untuk meneliti dialog tersirat dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Ezatull Fadtehah, Hedel
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45279/4/DSVA_Nur%20Ezathull%20Fadtehah.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45279/5/THESIS%20MASTER_NUR%20EZATULL%20FADTEHAH%20BINTI%20HEDEL.ftext.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45279/6/THESIS%20MASTER_NUR%20EZATULL%20FADTEHAH%20BINTI%20HEDEL%20-%2024%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Filem merupakan salah satu medium menyampaikan mesej melalui lakonan para pelakon. Filem- filem klasik seperti filem arahan dan lakonan P.Ramlee banyak menggunakan dialog tersirat sehingga tidak dapat diterjemahkan secara harfiah. Maka, kajian ini dijalankan untuk meneliti dialog tersirat dalam filem-filem P. Ramlee menggunakan pendekatan semantik inkuisitif daripada bidang pragmatik yang menekankan pentafsiran makna. Dua objektif kajian ini, antaranya mengenal pasti ujaran berimplisit dan seterusnya menganalisis pemikiran dan keintelektualan masyarakat Melayu dalam ujaran berimplisit filem P. Ramlee. Kajian kualitatif dan berbentuk deskriptif dan analisis kandungan ini telah menggunakan data transkripsi dialog filem P.Ramlee yang dipilih. Sebanyak 10 filem dan 20 data dianalisis iaitu dua data diwakili oleh setiap filem. Data dialog berimplisit yang dikenal pasti seterusnya dianalisis menggunakan tiga tahap analisis iaitu semantik skrip, resonans dan inkuisitif. Teori yang mendasari pencarian makna ialah teori relevans daripada Sperber dan Wilson (1986, 1995) dan dibantu oleh rangka rujuk silang daripada Kempson (1986). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu dalam dialog berimplisit yang diujarkan. Leksikal-leksikal tertentu dalam dialog berimplisit juga mempunyai alasan tersendiri untuk digunakan. Tuntasnya, penggunaan dialog berimplisit dalam filem P. Ramlee jelas mencerminkan masyarakat Melayu itu sendiri. Kata kunci: Filem, implisit, P. Ramlee, semantik inkuisitif, teori relevans