Bahan Pengajaran-Pembelajaran Seni Bahasa: Analisis Makna Melalui Semantik Inkuisitif

Seni bahasa merupakan salah satu elemen penting yang wujud dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Mempelajari seni bahasa dalam suasana Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang serba mencabar memerlukan kaedah pembelajaran yang relevan dan bersesuaian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: GEORGE ROMIKO, BUJANG
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45955/3/DSVA%20George%20Romiko%20Bujang.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45955/4/George%20Romiko%20Bujang%20%2824pgs%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45955/5/George%20Romiko%20Bujang%20Fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni bahasa merupakan salah satu elemen penting yang wujud dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Mempelajari seni bahasa dalam suasana Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang serba mencabar memerlukan kaedah pembelajaran yang relevan dan bersesuaian dengan perkembangan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid. Tambahan pula, masih terdapat sebilangan murid belum berupaya mencungkil makna implisit yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengesan, mencungkil dan menjelaskan makna tersirat dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sehingga peringkat akal budi dengan mengaplikasikan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Teori Relevans (TR) yang diasaskan oleh Sperber & Wilson (1986) dan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1984) juga digunakan dalam kajian ini. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis teks terhadap bahan seni bahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Empat sehingga Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK). Pemerhatian terhadap responden kajian yang terdiri daripada 30 orang murid tahap dua di Sekolah Kebangsaan Batu Luking, Kanowit turut dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan SI yang bersistematik dan multidisiplin ini berupaya menjana KBAT murid dalam usaha meneroka makna tersirat yang terkandung dalam bahan pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Penggunaan RRS dalam peringkat kedua analisis semantik resonans menjadikan pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu lebih menarik dan bermakna. Pendekatan SI yang diketengahkan ini diharapkan menjadi kaedah terbaik untuk memimpin murid meneroka makna tersirat di sebalik bahan seni bahasa untuk menghasilkan impak pembelajaran yang lebih berkualiti.