Cerminan Sikap dan Watak Mitos Melayu (Seloka Jenaka) dalam Kancah Politik Malaysia: Analisis Pragmatik
Dalam cerita jenaka Melayu (berseloka), sikap watak mitos Melayu sering dikaitkan dengan unsur lawak, licik, dan kebodohan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka makna implisit yang terkandung dalam naratif Pak Kaduk, Pak Pandir dan Lebai Malang serta hubungannya dengan konteks politik Malaysia. Ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/46105/1/last_muhammad_zaid_daud_hantar_baharu_231106%20-%20Final%20Thesis%20-%20Muhammad%20Zaid%20DAUD.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam cerita jenaka Melayu (berseloka), sikap watak mitos Melayu sering dikaitkan dengan
unsur lawak, licik, dan kebodohan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka makna implisit yang
terkandung dalam naratif Pak Kaduk, Pak Pandir dan Lebai Malang serta hubungannya
dengan konteks politik Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif (analisis dokumen)
sepenuhnya. Data kajian diperoleh daripada sumber-sumber korpus seperti Cerita Jenaka
oleh Yahya (1973), Lukisan Zaman oleh Shaari (1991) serta Himpunan 336 Cerita Rakyat
Malaysia oleh Puteh dan Said (2008). Penggabungjalinan antara sikap watak mitos Melayu
dengan kancah politik Malaysia dapat dilihat melalui penggunaan bahasa figuratif (misalnya,
macam, dan seperti) serta nilai pengajaran (ambillah teladan, mengingatkan kita, dan
mengheret masyarakat supaya apabila berpegang pada falsafah) di media massa dan media
sosial. Bagi analisis kajian pula, pengkaji menggunakan pendekatan pragmatik dengan
memanfaatkan, Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986, 1995), ad hoc peluasan (Barsalou,
1987) dan Rangka Rujuk Silang (Kempson, 1986). Hasil kajian menunjukkan bahawa,
terdapat 16 unsur implisit dalam cerita jenaka Melayu, termasuklah Pak Pandir (8 data;
50.0%), Pak Kaduk (6 data; 37.0%) dan Lebai Malang (2 data; 13.0%). Dapatan kajian juga
berkait rapat dengan tokoh politik di Malaysia seperti Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi,
dan Najib Razak, serta isu-isu politik di Malaysia seperti kleptokrasi, ketirisan pengiraan
undi dan hubungan dingin antara parti politik Malaysia. Kajian ini telah membuktikan
bahawa terdapat pendekatan multidisiplin dengan menggabungkan bidang psikologi (sikap
watak), antropologi dan sosiologi (mitos), sains politik, kesusasteraan Melayu (cerita jenaka
Melayu berseloka), serta bahasa dan linguistik (pragmatik). Kesimpulannya, cerita jenaka
Melayu (berseloka) bukan sahaja menjadi alat hiburan, tetapi juga ekspresi linguistik yang
mencerminkan pandangan terhadap kancah politik di Malaysia. Implikasi kajian ini telah menyokong bahawa penggunaan humor adalah sebagai medium untuk menyampaikan
pandangan politik, walaupun kadangkala kritikan tersebut bersifat tidak serius, tetapi masih
memberi kesan dalam menyampaikan mesej kritikan terhadap kancah politik di Malaysia. |
---|