Pengujian hubungan jangka panjang antara pelaburan sektor awam dan pelaburan sektor swata di Malaysia

Dimotivasikan oleh isu ketidakstabilan pertumbuhan pelaburan swasta dalam tempoh pasca krisis kewangan Asia 1997, kajian ini telah cuba untuk menilai sejauh mana pelaburan awam melengkapi pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Pendekatan siri masa ekonometrik telah diaplikasikan b...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Anderson, Sengli
格式: Thesis
语言:English
出版: 2014
主题:
在线阅读:http://ir.unimas.my/id/eprint/8314/1/Anderson%20Sengli%20ft.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Dimotivasikan oleh isu ketidakstabilan pertumbuhan pelaburan swasta dalam tempoh pasca krisis kewangan Asia 1997, kajian ini telah cuba untuk menilai sejauh mana pelaburan awam melengkapi pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Pendekatan siri masa ekonometrik telah diaplikasikan bagi tujuan penentuan kewujudan mekanisme hubungan pelengkap atau hubungan pengganti di antara pelaburan awam dan pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi. Berdasarkan keputusan analisis, hubungan pelengkap didapati wujud di antara pelaburan awam dan pelaburan sektor pertanian, perlombongan, perkilangan, pembinaan, utiliti, perdagangan, pengangkutan dan kewangan dalam jangka panjang. Pelaburan awam juga didapati turut mempengaruhi tingkat pelaburan sektor-sektor berkenaan dalam jangka pendek. Di samping pelaburan awam, penentu-penentu lain pertumbuhan pelaburan swasta iaitu output, aliran kredit dan kadar faedah pinjaman, sebahagian besar memberikan kesan yang positif ke atas pelaburan swasta dalam jangka panjang. Dari sudut polisi, kekukuhan hubungan pelengkap dapat diperkuatkan lagi sekiranya kerajaan terus meningkatkan usaha untuk mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif. Saiz pelaburan dan output sektor-sektor ekonomi dalam jangka panjang dan jangka pendek dapat dipertingkatkan jika kerajaan mampu mengurus perbelanjaan modal secara cekap dan meningkatkan pelaburan untuk sektor-sektor ekonomi yang berupaya untuk menyerap eksternaliti positif pelaburan awam pada skala yang tinggi.