Biodiesel From Waste Palm Oil And Chicken Fats As A Green Fuel For Diesel Engine

Pembangunan sektor perindustrian dan peningkatan populasi menyebabkan permintaan tenaga dunia meningkat dengan berterusan. Bahan api fosil adalah terhad kerana pembentukannya mengambil masa berjuta-juta tahun. Kesediaannya mungkin boleh dipanjangkan dengan mengurangkan penggunnaannya. Oleh itu, bebe...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Jong, Yang
格式: Thesis
語言:English
出版: 2012
主題:
在線閱讀:http://ir.unimas.my/id/eprint/9281/1/Jong.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pembangunan sektor perindustrian dan peningkatan populasi menyebabkan permintaan tenaga dunia meningkat dengan berterusan. Bahan api fosil adalah terhad kerana pembentukannya mengambil masa berjuta-juta tahun. Kesediaannya mungkin boleh dipanjangkan dengan mengurangkan penggunnaannya. Oleh itu, beberapa negara menggunakan pelbagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dari sudut pandangan alam sekitar dan aspek ekonomi, bahan api diperolehi daripada lemak dan minyak sebagai alternatif untuk menggantikan bahan api berasaskan petroleum telah menarik perhatian yang besar di seluruh dunia. Biodiesel, metil ester asid lemak merupakan tenaga yang terbiodigradasikan, boleh diperbaharui dan mampan. Ia dihasilkan daripada minyak tumbuhan atau lemak haiwan melalui proses pengtransesteran bersama alkohol berantai pendek atau melalui proses pengesteran asid lemak. Proses pengtransesteran merangkumi transformasi trigliserida kepada metil ester asid lemak, dengan kehadiran alkohol dan mangkin, di mana gliserol sebagai produk sampingan. Sisa minyak dan lemak merupakan salah satu bahan mentah penghasilan biodiesel yang memberangsangkan kerana ketersediaannya dan kos bahan yang murah berbanding dengan bahan mentah yang lain. Tambahan pula, penggunnaa sisa minyak dan lemak untuk menghasilkan biodiesel juga membantu mengurangkan masalah pelupusan yang boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.