Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia

Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan tanaman komersial pilihan kepada penduduk di Penempatan Semula Asap-Koyan, Belaga sebagai sumber pendapatan mereka kerana mempunyai nilai pasarannya yang tinggi. Namun, penerimaan maklumat teknologi pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad kerana kemampua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alan, Ribka
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10332/1/FBMK_2008_14.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.10332
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.103322024-03-27T01:43:38Z Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia 2008-06 Alan, Ribka Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan tanaman komersial pilihan kepada penduduk di Penempatan Semula Asap-Koyan, Belaga sebagai sumber pendapatan mereka kerana mempunyai nilai pasarannya yang tinggi. Namun, penerimaan maklumat teknologi pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad kerana kemampuan untuk memiliki alatan komunikasi masih kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui penerimaan maklumat teknologi pertanian di kalangan pekebun kecil lada hitam. Penerimaan maklumat teknologi pertanian ditentukan dengan menggunakan kekerapan, kesesuaian dan kepentingan sumber maklumat yang diukur dengan menggunakan skala Likert. Pengumpulan data kajian dibuat menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab semasa temubual bersemuka dengan responden. Seramai 300 orang responden dipilih secara rawak mengikut jenis subsidi untuk mewakili 1,375 pekebun kecil lada hitam yang berdaftar. Data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package for Social Science' (SPSS) versi 14.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif dan pekali korelasi Spearman. Keputusan menunjukkan jenis maklumat yang amat diperlukan oleh responden berhubung dengan teknologi pertanian lada hitam adalah maklumat teknologi dan maklumat input berbanding maklumat pasaran, geografi dan pinjaman. Sumber komunikasi interpersonal pula diterima sebagai sumber maklumat yang sahih berbanding media cetak dan media elektronik kerana maklumat yang diberi oleh pegawai pertanian dianggap lebih tulen, mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan dapat dilihat dengan nyata. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penerimaan maklumat dengan ciri-ciri demografi dan keusahawanan. Sebaliknya, hubungan signifikan yang positif dilihat bagi penerimaan maklumat teknologi pertanian dengan keperluan maklumat, kredibiliti sumber maklumat dan perhubungan dengan agen pengembangan. Kesimpulannya, penerimaan maklumat teknologi pertanian daripada sumber-sumber maklumat menunjukkan pe.tani lebih memilih kepentingan maklumat berbanding kekerapan dan kesesuaian maklumat. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan maklumat yang diterima memberi idea kepada pembaharuan pengetahuan untuk meningkatkan hasil tanaman dan produk berasaskan pertanian. Sebagai cadangan, bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat pada masa akan datang diharapkan agar perancangan yang rapi perlu dibuat yang meliputi keperluan petani secara khusus dengan kos yang berpatutan. Pepper (Spice) - Agricultural informatics - Belaga - Sarawak 2008-06 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10332/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10332/1/FBMK_2008_14.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Pepper (Spice) - Agricultural informatics - Belaga - Sarawak Faculty of Modern Language and Communication Hassan, Md. Salleh Malay
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
advisor Hassan, Md. Salleh
topic Pepper (Spice) - Agricultural informatics - Belaga - Sarawak


spellingShingle Pepper (Spice) - Agricultural informatics - Belaga - Sarawak


Alan, Ribka
Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia
description Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan tanaman komersial pilihan kepada penduduk di Penempatan Semula Asap-Koyan, Belaga sebagai sumber pendapatan mereka kerana mempunyai nilai pasarannya yang tinggi. Namun, penerimaan maklumat teknologi pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad kerana kemampuan untuk memiliki alatan komunikasi masih kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui penerimaan maklumat teknologi pertanian di kalangan pekebun kecil lada hitam. Penerimaan maklumat teknologi pertanian ditentukan dengan menggunakan kekerapan, kesesuaian dan kepentingan sumber maklumat yang diukur dengan menggunakan skala Likert. Pengumpulan data kajian dibuat menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab semasa temubual bersemuka dengan responden. Seramai 300 orang responden dipilih secara rawak mengikut jenis subsidi untuk mewakili 1,375 pekebun kecil lada hitam yang berdaftar. Data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package for Social Science' (SPSS) versi 14.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif dan pekali korelasi Spearman. Keputusan menunjukkan jenis maklumat yang amat diperlukan oleh responden berhubung dengan teknologi pertanian lada hitam adalah maklumat teknologi dan maklumat input berbanding maklumat pasaran, geografi dan pinjaman. Sumber komunikasi interpersonal pula diterima sebagai sumber maklumat yang sahih berbanding media cetak dan media elektronik kerana maklumat yang diberi oleh pegawai pertanian dianggap lebih tulen, mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan dapat dilihat dengan nyata. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penerimaan maklumat dengan ciri-ciri demografi dan keusahawanan. Sebaliknya, hubungan signifikan yang positif dilihat bagi penerimaan maklumat teknologi pertanian dengan keperluan maklumat, kredibiliti sumber maklumat dan perhubungan dengan agen pengembangan. Kesimpulannya, penerimaan maklumat teknologi pertanian daripada sumber-sumber maklumat menunjukkan pe.tani lebih memilih kepentingan maklumat berbanding kekerapan dan kesesuaian maklumat. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan maklumat yang diterima memberi idea kepada pembaharuan pengetahuan untuk meningkatkan hasil tanaman dan produk berasaskan pertanian. Sebagai cadangan, bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat pada masa akan datang diharapkan agar perancangan yang rapi perlu dibuat yang meliputi keperluan petani secara khusus dengan kos yang berpatutan.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Alan, Ribka
author_facet Alan, Ribka
author_sort Alan, Ribka
title Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia
title_short Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia
title_full Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia
title_fullStr Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia
title_full_unstemmed Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia
title_sort penerimaan maklumat teknologi pertanian dalam kalangan pekebun kecil lada hitam di kawasan penempatan semula asap koyan, belaga, sarawak, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Modern Language and Communication
publishDate 2008
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10332/1/FBMK_2008_14.pdf
_version_ 1804888537137414144