Kesan Kepekatan Nitrogen dan Kalium dalam Larutan Nutrien Terhadap Pertumbuhan Selada (Lactuca Sativa Cv. Poly) Pada Teknik Nutrien Cetek

Kajian mengenai kesan kepekatan nitrogen (100, 200, 300 dan 400 mg NIL) dan kalium (100, 200 dan 400 mg K/L) yang berbeza-beza di dalam larutan nutrien menggunakan teknik nutrien cetek ke atas hasil, kualiti, penyerapan nutrien dan keupayaan pertukaran kation akar (KPK-akar) oleh tanaman selada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: A. Kazar, Mazuki
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1993
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10334/1/FP_1993_3_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai kesan kepekatan nitrogen (100, 200, 300 dan 400 mg NIL) dan kalium (100, 200 dan 400 mg K/L) yang berbeza-beza di dalam larutan nutrien menggunakan teknik nutrien cetek ke atas hasil, kualiti, penyerapan nutrien dan keupayaan pertukaran kation akar (KPK-akar) oleh tanaman selada (Lactuca sativa var crispa cv. Poly) telah dijalankan. Persampelan tanaman dibuat pada 20, 30 dan 40 hari selepas penanaman dan diasingkan kepada bahagian akar dan bahagian atas. Apabila kepekatan nitrogen dalam larutan nutrien bertambah daripada 100 kepada 200 mg N/L, hasil (hasil berat basah dan berat kering) dan kualiti (hasil berat kering dan sukulen bahagian atas) meningkat tetapi menurun pada paras 400 mg N/L. Ini berlaku pada semua peringkat umur tanaman. Tanaman yang dirawat pada kepekatan 100-200 mg K/L memberikan hasil yang tertinggi. Kualiti selada tidak dipengaruhi oleh kepekatan kalium yang berbeza-beza dalam larutan nutrien. Interaksi di antara kepekatan nitrogen dan kalium tidak menunjukkan kesan yang bererti terhadap hasil dan kualiti tanaman selada. Secara umum, pertambahan kepekatan kalium dan pengurangan kepekatan nitrogen akan mengurangkan penyerapan (kandungan dan pengambilan) nutrien (N, P, K, Ca, Mg, Fe, Mn, Zn dan Cu) oleh bahagianbahagian tanaman pada ketiga-tiga peringkat umur tanaman. Terdapat interaksi yang bererti antara kepekatan nitrogen dan kalium dalam larutan nutrien terhadap penyerapan nutrien (terutamanya oleh bahagian akar) pada beberapa peringkat umur tanaman selada. Penyerapan nutrien yang tinggi didapati pada 200-300 mg NIL dan 100-200 mg K/L dalam larutan nutrien.