Keterampilan Bertutur dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru di Selangor

Pada masa kini, nilai murni dan budi bahasa pelajar yang agak sukar diamalkan sering diperkatakan. Manakala guru dan pelajar pula menjalin hubungan yang rapat dan kerap berinteraksi. Hal ini menunjukkan bahawa keterampilan bertutur dalam kalangan pelajar ada hubungannya dengan keterampilan bertutur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Zarina
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10346/1/FBMK_2009_23_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini, nilai murni dan budi bahasa pelajar yang agak sukar diamalkan sering diperkatakan. Manakala guru dan pelajar pula menjalin hubungan yang rapat dan kerap berinteraksi. Hal ini menunjukkan bahawa keterampilan bertutur dalam kalangan pelajar ada hubungannya dengan keterampilan bertutur dalam kalangan guru. Oleh hal yang demikian, satu kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek keterampilan berbahasa dari aspek linguistik, sosiolinguistik, dan pragmatik ketika bertutur dalam kalangan pelajar Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS) semasa menjalani aktiviti kebahasaan di dalam kelas telah dijalankan. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan elemen yang dapat membantu meningkatkan keterampilan bertutur dan merumus kepentingan keterampilan bertutur untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dan profesionalisme dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan kaedah kajian kes dan teknik rakaman audio serta pemerhatian semasa pelajar menjalani aktiviti bahas ala parlimen dan pidato di dalam kelas. Peserta kajian terdiri daripada pelajar Institut Perguruan Islam, Selangor. Data kajian dianalisis secara kualitatif dengan berbantukan perisian Atlas-ti versi 5.0. Data yang telah dianalisis, dihuraikan dan dibincangkan dengan berlandaskan Teori Relevans, Prinsip Kerjasama Grice, dan Model Keterampilan Berbahasa Aldon. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelajar IPIS yang berketerampilan ketika bertutur dalam situasi rasmi dan terdapat juga yang kurang berketerampilan. Keterampilan bertutur dapat dikenal pasti berdasarkan penggunaan kata, frasa, dan ungkapan yang sesuai serta tepat mengikut konteks serta dapat difahami maksud yang ingin disampaikan. Beberapa elemen yang boleh membantu meningkatkan keterampilan bertutur dalam kalangan pelajar IPG juga telah dapat dijelaskan. Antaranya ialah bentuk-bentuk tekanan dan nada semasa menyampaikan ujaran, penggunaan bentuk-bentuk kata khusus, mengenal makna daripada konteks, menyedari bentuk-bentuk dasar sintaksis dan mengenal tahap-tahap kohesif bahasa Melayu. Kepentingan keterampilan bertutur untuk meningkatkan komunikasi dan profesionalisme dalam kalangan pelajar IPG juga telah dikemukakan. Dapatan kajian membawa implikasi bahawa satu usaha untuk meningkatkan keterampilan ketika bertutur dalam kalangan pelajar IPG perlu dijalankan. Pengkaji mencadangkan agar usaha yang berterusan dijalankan untuk memupuk kecekapan bertutur. Kejayaan banyak bergantung atas usaha pensyarah dan bakal guru itu sendiri. Bahagian Pendidikan Guru perlu mengambil inisiatif yang sewajarnya dalam usaha meningkatkan keterampilan bertutur dalam kalangan pelajar IPG.