Keberkesanan Baja Kalsium dan Pengairan Terhadap Kandungan Kalsium dalam Tisu Tanaman Mangga (Mangifera Indica, L) Pada Tanah Berkapur

Satu penyelidikan ladang telah dijalankan untuk menilai keberkesanan baja kalsium dan pengairan terhadap kandungan kalsium dalam tisu tanaman mangga (Mangifera indica, L) dan kejadian buah reput dalam mangga (BRDM) pada tanah berkapur di mana dijalankan juga penilaian dan pengkelasan tanah (meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Noor, Mohd Razi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1996
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10380/1/FP_1996_11_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu penyelidikan ladang telah dijalankan untuk menilai keberkesanan baja kalsium dan pengairan terhadap kandungan kalsium dalam tisu tanaman mangga (Mangifera indica, L) dan kejadian buah reput dalam mangga (BRDM) pada tanah berkapur di mana dijalankan juga penilaian dan pengkelasan tanah (mengikut Sistem Jabatan Pertanian Malaysia dan Pengkelasan Keupayaan Kesuburan). Dua kadar pengairan [tanpa pengairan (T) dan pengairan (A)] x tiga sumber baja Ca [tanpa baja Ca (CO), baja Ca(N03h (CN) dan baja Biomin Ca (CF)] berfaktorial disusun menggunakan Rekabentuk Rawak Blok Lengkap dengan empat replikasi. Pemeriksaan dan penilaian tanah berkapur [Bukit Bintang Sederhana (BBS), Bukit Bintang Dalam (BBD) dan Bukit Bintang Cetek (BBC)] menunjukkan bahawa tanah ini berlom dengan kandungan lempung di antara 18-35% dan kelodak > 30%. Kadar infiltrasi yang rendah (0. 14-1.30 em jam-I). Tanah ini juga berpH tinggi (7.23-8.44) dan kandungan karbon at > 50 g kg-I. Manakala kedalaman tanah ke lapisan padat berbeza-beza di mana BBS adalah 50-100 em, BBD adalah > 100 em dan BBC <50 em. Kelas kesesuaian tanah BBS adalah 3t(ed), BBD adalah 3t(d) dan BBC adalah 5eR(td). Kelas keupayaan kesuburan tanah BBS dan BBD adalah Ldb dan BBC adalah L'L"db. Tanah BBS dan BBD sesuai untuk kebanyakan tanaman manakala BBC terhad kepada tanaman yang berakar eetek sahaja.