Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik

Tingkah laku bersuara merupakan satu perilaku individu yang ditonjolkan bagi menyatakan ekspresi diri melalui percakapan dan cetusan idea. Tingkah laku bersuara ini boleh dikategorikan kepada promotive voice dan prohibitive voice. Pengurusan organisasi dapat dipertingkatkan sekiranya pekerja berupay...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Aziz, Mohd Junaidi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/103929/1/Thesis%20serahan%20SGS%20-%20MOHD%20JUNAIDI%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.103929
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Abdul Wahat, Nor Wahiza
topic Servant leadership - Malaysia
Leadership
Organizational behavior - Psychological aspect
spellingShingle Servant leadership - Malaysia
Leadership
Organizational behavior - Psychological aspect
Abd Aziz, Mohd Junaidi
Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
description Tingkah laku bersuara merupakan satu perilaku individu yang ditonjolkan bagi menyatakan ekspresi diri melalui percakapan dan cetusan idea. Tingkah laku bersuara ini boleh dikategorikan kepada promotive voice dan prohibitive voice. Pengurusan organisasi dapat dipertingkatkan sekiranya pekerja berupaya untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat yang positif bagi meningkat mutu dan kualiti organisasi. Keupayaan pekerja untuk bersuara berkaitan dengan kaedah kepimpinan yang dilaksanakan oleh pengurusan organisasi. Amalan kepimpinan servan yang memberi pelayanan yang baik kepada pekerja dilihat boleh meningkat potensi diri pekerja untuk bersuara. Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan servan akan menghargai pekerja, membangunkan potensi pekerja, membangunkan pasukan serta menonjolkan keaslian dalam tindakan. Pengamalan kesemua ciri tersebut akan berupaya mewujudkan suasana yang positif di persekitaran kerja. Pekerja yang berada dalam persekitaran kerja yang positif akan cenderung bersuara untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti organisasi. Bebanan kerja yang berlebihan akan menyebabkan rasa tertekan dalam kalangan guru. Antara faktor yang berupaya mengurangkan rasa tekanan dalam diri guru adalah luahan rasa melalui percakapan kepada pihak pengurusan berkenaan beban dan tekanan yang dihadapi. Pekerja di Malaysia menunjukkan peratusan yang rendah untuk menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam organisasi. Namun begitu, peratusan yang rendah tersebut boleh ditingkatkan dengan amalan kepimpinan yang bertepatan dengan suasana kerja. Antara amalan kepimpinan yang sering diamalkan oleh pengurusan Pendidikan di Malaysia adalah kepimpinan transformasi, instruktional dan situasi. Namun kajian berkenaan kepimpinan servan yang memberi kesan kepada tingkah laku bersuara di Malaysia masih rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tingkah laku bersuara guru-guru sekolah menengah teknik (SMT KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta tahap amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM. Disamping itu juga kajian ini juga mengkaji adakah terdapat hubungan antara amalan kepimpinan servan pengetua SMT. KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM serta melihat manakah ciri-ciri kepimpinan servan yang menjadi penyumbang kepada tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Selain itu juga, keselamatan psikologi juga dikaji sebagai penyumbang kepada perhubungan kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Kajian ini berpandukan Teori Pertukaran Sosial serta Model Pembelajaran Kerja Sepasukan melibatkan pemboleh ubah seperti tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM sebagai pemboleh ubah bersandar dan amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Disamping itu juga, keselamatan psikologi menjadi pemboleh ubah mediator kepada perhubungan antara kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Kajian ini adalah merupakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik bagi pengumpulan data. Seramai 293 orang guru dari sembilan buah SMT KPM telah menjadi responden kajian. Data dianalisis menggunakan perisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi melihat analisis diskriptif dan analisis inferensi (ujian korelasi dan ujian regresi). Hasil analisis diskriptif kajian ini menunjukkan bahawa tahap tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM dan tahap amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi dilaksanakan melalui ujian korelasi dan regresi. Keputusan ujian regresi menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan kepimpinan servan oleh pengetua SMT KPM mempunyai hubungan yang positif dengan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM dan pelaksanaan amalan menghargai individu, membangunkan individu, membina pasukan dan memperlihatkan keaslian oleh pengetua SMT KPM mempunyai hubungan yang positif dengan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Selain itu, ujian regresi menunjukkan amalan menghargai individu, membina pasukan dan memperlihatkan keaslian merupakan penyumbang kepada tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Ujian regresi juga menunjukkan keselamatan psikologi sebagai perantara di antara perhubungan amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Namun kesan perantara tersebut hanyalah separa. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan guru-guru SMT KPM mempunyai tingkah laku bersuara guru yang amat baik. Tingkah laku tersebut dipengaruhi oleh kaedah kepimpinan servan oleh pengetua SMT KPM dan faktor persekitaran psikologi guru-guru tersebut. Selain itu, keselamatan psikologi juga didapati menjadi faktor perantara dalam hubungan antara amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru SMT KPM. Justeru itu, hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan model bagi pembangunan kapasiti guru-guru KPM serta kaedah kepimpinan pengurusan sekolah KPM. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelaksana, pembina dasar dan polisi serta pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti Pendidikan di Malaysia.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Abd Aziz, Mohd Junaidi
author_facet Abd Aziz, Mohd Junaidi
author_sort Abd Aziz, Mohd Junaidi
title Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
title_short Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
title_full Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
title_fullStr Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
title_full_unstemmed Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
title_sort hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2021
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/103929/1/Thesis%20serahan%20SGS%20-%20MOHD%20JUNAIDI%20-%20IR.pdf
_version_ 1776100383594119168
spelling my-upm-ir.1039292023-06-02T03:57:33Z Hubungan amalan kepimpinan servan, keselamatan psikologi dan tingkah laku bersuara dalam kalangan guru sekolah menengah teknik 2021-07 Abd Aziz, Mohd Junaidi Tingkah laku bersuara merupakan satu perilaku individu yang ditonjolkan bagi menyatakan ekspresi diri melalui percakapan dan cetusan idea. Tingkah laku bersuara ini boleh dikategorikan kepada promotive voice dan prohibitive voice. Pengurusan organisasi dapat dipertingkatkan sekiranya pekerja berupaya untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat yang positif bagi meningkat mutu dan kualiti organisasi. Keupayaan pekerja untuk bersuara berkaitan dengan kaedah kepimpinan yang dilaksanakan oleh pengurusan organisasi. Amalan kepimpinan servan yang memberi pelayanan yang baik kepada pekerja dilihat boleh meningkat potensi diri pekerja untuk bersuara. Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan servan akan menghargai pekerja, membangunkan potensi pekerja, membangunkan pasukan serta menonjolkan keaslian dalam tindakan. Pengamalan kesemua ciri tersebut akan berupaya mewujudkan suasana yang positif di persekitaran kerja. Pekerja yang berada dalam persekitaran kerja yang positif akan cenderung bersuara untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti organisasi. Bebanan kerja yang berlebihan akan menyebabkan rasa tertekan dalam kalangan guru. Antara faktor yang berupaya mengurangkan rasa tekanan dalam diri guru adalah luahan rasa melalui percakapan kepada pihak pengurusan berkenaan beban dan tekanan yang dihadapi. Pekerja di Malaysia menunjukkan peratusan yang rendah untuk menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam organisasi. Namun begitu, peratusan yang rendah tersebut boleh ditingkatkan dengan amalan kepimpinan yang bertepatan dengan suasana kerja. Antara amalan kepimpinan yang sering diamalkan oleh pengurusan Pendidikan di Malaysia adalah kepimpinan transformasi, instruktional dan situasi. Namun kajian berkenaan kepimpinan servan yang memberi kesan kepada tingkah laku bersuara di Malaysia masih rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tingkah laku bersuara guru-guru sekolah menengah teknik (SMT KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta tahap amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM. Disamping itu juga kajian ini juga mengkaji adakah terdapat hubungan antara amalan kepimpinan servan pengetua SMT. KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM serta melihat manakah ciri-ciri kepimpinan servan yang menjadi penyumbang kepada tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Selain itu juga, keselamatan psikologi juga dikaji sebagai penyumbang kepada perhubungan kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Kajian ini berpandukan Teori Pertukaran Sosial serta Model Pembelajaran Kerja Sepasukan melibatkan pemboleh ubah seperti tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM sebagai pemboleh ubah bersandar dan amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Disamping itu juga, keselamatan psikologi menjadi pemboleh ubah mediator kepada perhubungan antara kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Kajian ini adalah merupakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik bagi pengumpulan data. Seramai 293 orang guru dari sembilan buah SMT KPM telah menjadi responden kajian. Data dianalisis menggunakan perisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi melihat analisis diskriptif dan analisis inferensi (ujian korelasi dan ujian regresi). Hasil analisis diskriptif kajian ini menunjukkan bahawa tahap tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM dan tahap amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM berada pada tahap tinggi. Analisis inferensi dilaksanakan melalui ujian korelasi dan regresi. Keputusan ujian regresi menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan kepimpinan servan oleh pengetua SMT KPM mempunyai hubungan yang positif dengan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM dan pelaksanaan amalan menghargai individu, membangunkan individu, membina pasukan dan memperlihatkan keaslian oleh pengetua SMT KPM mempunyai hubungan yang positif dengan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Selain itu, ujian regresi menunjukkan amalan menghargai individu, membina pasukan dan memperlihatkan keaslian merupakan penyumbang kepada tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Ujian regresi juga menunjukkan keselamatan psikologi sebagai perantara di antara perhubungan amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru-guru SMT KPM. Namun kesan perantara tersebut hanyalah separa. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan guru-guru SMT KPM mempunyai tingkah laku bersuara guru yang amat baik. Tingkah laku tersebut dipengaruhi oleh kaedah kepimpinan servan oleh pengetua SMT KPM dan faktor persekitaran psikologi guru-guru tersebut. Selain itu, keselamatan psikologi juga didapati menjadi faktor perantara dalam hubungan antara amalan kepimpinan servan pengetua SMT KPM dan tingkah laku bersuara guru SMT KPM. Justeru itu, hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan model bagi pembangunan kapasiti guru-guru KPM serta kaedah kepimpinan pengurusan sekolah KPM. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelaksana, pembina dasar dan polisi serta pihak yang berkepentingan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti Pendidikan di Malaysia. Servant leadership - Malaysia Leadership Organizational behavior - Psychological aspect 2021-07 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/103929/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/103929/1/Thesis%20serahan%20SGS%20-%20MOHD%20JUNAIDI%20-%20IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Servant leadership - Malaysia Leadership Organizational behavior - Psychological aspect Abdul Wahat, Nor Wahiza