Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia

Spesis Hylocereus telah memainkan peranan yang penting sebagai sumber warna merah semulajadi bagi pewarna makanan, industri farmaseutikal dan potensi kesihatan bagi meningkatkan tahap penglihatan, mencegah penyakit hipertensi dan melawan anemia. Kajian ini dilakukan bagi menentukan komposisi proksim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rohin, Mohd Adzim Khalili
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104/3/549062_fpsk_2006_2_abstrak_je__dh_pdf_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.104
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
Malay
topic


spellingShingle


Rohin, Mohd Adzim Khalili
Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia
description Spesis Hylocereus telah memainkan peranan yang penting sebagai sumber warna merah semulajadi bagi pewarna makanan, industri farmaseutikal dan potensi kesihatan bagi meningkatkan tahap penglihatan, mencegah penyakit hipertensi dan melawan anemia. Kajian ini dilakukan bagi menentukan komposisi proksimat (abu, kelembapan, lemak dan protein), karbohidrat and fiber kasar, flavonoid (kaempferol, mirisitin, quersitin, apigenin, luteolin and rutin), mineral (kalsium, fospforus, magnesium, natrium, kalium, ferum, zink dan kuprum) dan vitamin larut air (tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), piridoksin(B6), siano-kobalamin (B12) dan asid askorbik (C) serta menilai kesan hipokolesterolemik buah pitaya merah ke atas profil lipid, jumlah antioksidan dan aras malondialdehid plasma tikus yang diaruh hiperkolesterolemia. Sebanyak 36 ekor tikus strain Sprague Dawley telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan normal (N) dan kumpulan kawalan hiperkolesterolemik positif (HC), kumpulan rawatan telah diberikan diet pitaya merah dalam jumlah dos yang berbeza (0.5% (PF1), 0.83% (PF2) dan 1.17% (PF3)/BB) dan kumpulan Lv telah diberikan dos rawatan lovastatin (20 mg/kgBB). Kumpulan N telah diberikan diet normal, sementara 5 kumpulan yang lain (HC, PF1, PF2, PF3, and Lv) telah diberikan diet normal yang telah ditambah dengan 1% kolesterol dan 0.1% asid kolik, 30 g sehari. Kajian ini telah dilakukan selama 11 minggu. Sebanyak 10 ml darah telah diambil melalui penebukan kardiak sebanyak 4 kali sepanjang kajian dijalankan, iaitu minggu 0, 1, 3 dan 5 selepas rawatan diberikan. Profil lipid plasma boleh ditentukan dengan menggunakan mesin “chemistry auto-analyzer”. Keputusan analisis menunjukkan komposisi proksimat bagi buah pitaya merah adalah 87.3 ± 0.02% kelembapan, 0.70± 0.03 g abu, 0.16 ± 0.02 g protein, 0.23 ± 0.03 g lemak, 10.10 ± 0.25 g fiber kasar dan 1.48 ± 0.15 g karbohidrat. Kandungan flavonoid dalam pitaya merah, menunjukkan kandungan tertinggi adalah mirisitin (7.23 ± 0.86 µg), quersitin (6.81 ± 0.76 µg), kaempferol (3.09 ± 0.26 µg), apigenin (2.01 ± 0.18 µg), luteolin (1.06 ± 0.11 µg) dan rutin (1.03 ± 0.09 µg). Bagi kandungan mineral pula, pitaya merah kaya dengan kandungan kalium (56.96 ± 0.02 mg), natrium (50.15 ± 0.10 mg), magnesium (28.30 ± 0.97 mg), fosforus (23.00 ± 0.04 mg), zink (13.87± 0.68 mg), kalsium (5.70 ± 0.08 mg), ferum (3.40 ± 0.25 mg) dan kuprum (0.031 ± 0.004 mg). Pitaya merah juga kaya dengan vitamin C (525.32 ± 3.09 mg), B3 (513.78 ± 6.53 µg), B1 (48.90 ± 1.56 µg), B2 (40.75 ± 3.47 µg), B6 (20.57 ± 7.23 µg) dan B12 (15.61 ± 1.89 µg). Bagi kajian in-vivo pula, keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan perubahan berat badan dan pengambilan makanan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Kumpulan PF3 menunjukkan pertambahan berat badan (8.15%) dan pengambilan makanan (6.09%) yang paling rendah berbanding dengan kumpulan lain. Aras jumlah kolesterol pula menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05) bagi kumpulan diet pitaya merah dan rawatan lovastatin. Aras min jumlah kolesterol (TC) bagi kumpulan PF1 menurun kepada 46.73%, kumpulan PF2 (56.71%), kumpulan PF3 (59.01%) dan kumpulan Lv (54.33%) berbanding dengan minggu 0 (“baseline”). Aras TC bagi kumpulan kawalan N (5.05%) dan HC (13.86%) tidak menunjukkan sebarang perbezaan min yang signifikan (p<0.05). Aras min trigliserida (TG) bagi kesemua kumpulan menunjukkan penurunan yang signifikan dengan nilai 21.26% (kumpulan HC), 34.03% (kumpulan PF2), 48.32% (kumpulan PF3), 46.19% (kumpulan Lv), 42.83% (kumpulan PF1) dan 23.86% (kumpulan N) berbanding dengan minggu awal kajian. Aras min lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) meningkat sebanyak 2.10% (kumpulan N), 19.24% (kumpulan PF1), 24.74% (kumpulan PF2), 29.34% (kumpulan Lv) dan peningkatan min HDL yang paling tinggi adalah bagi kumpulan PF3 (34.25%). Aras min lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) menurun sebanyak 75.82% (kumpulan PF3), 74.36% (kumpulan PF2), 71.95% (kumpulan Lv) dan 60.55% (kumpulan PF1), tetapi bagi kumpulan N (11.27%) dan HC (20.99%) menunjukkan peningkatan nilai min LDL. Bagi status antioksidan keseluruhan (TAS), kumpulan Lv (22.93%) menunjukkan nilai min TAS yang paling tinggi selepas rawatan, diikuti oleh kumpulan PF3 (18.46%), PF1 (12.45%), PF2 (11.99%), dan N (0.49%). Nilai aras malondialdehid plasma (MDA) dalam kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan aras MDA yang paling rendah dengan peningkatan sebanyak 6.44% bagi kumpulan N, 7.47% (kumpulan PF3), 9.85% (kumpulan Lv), 11.09% (kumpulan PF1) dan 10.40% (kumpulan PF2). Kumpulan HC menunjukkan penurunan nilai min TAS (12.13%) dan mengalami peningkatan aras MDA (28.97%), ini adalah disebabkan oleh kehadiran kepekatan LDL dan TC yang tinggi dalam plasma. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, pengambilan diet buah pitaya merah sebanyak 500g boleh dicadangkan bagi menurunkan aras TC, LDL, TG dan MDA, dan membantu meningkatkan aras HDL dan TAS. Ini secara tidak langsung menjadikan pengambilan buah pitaya merah boleh membantu dalam mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Rohin, Mohd Adzim Khalili
author_facet Rohin, Mohd Adzim Khalili
author_sort Rohin, Mohd Adzim Khalili
title Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia
title_short Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia
title_full Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia
title_fullStr Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia
title_full_unstemmed Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia
title_sort komposisi nutrien buah pitaya merah (hylocereus sp.) dan kesan hipokolesterolemik ke atas profil lipid tikus yang diaruh hiperkolesterolemia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
granting_department Faculty of Medicine and Health Science
publishDate 2006
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104/3/549062_fpsk_2006_2_abstrak_je__dh_pdf_.pdf
_version_ 1747810138307166208
spelling my-upm-ir.1042013-05-27T06:45:34Z Komposisi Nutrien Buah Pitaya Merah (Hylocereus Sp.) dan Kesan Hipokolesterolemik ke Atas Profil Lipid Tikus yang Diaruh Hiperkolesterolemia 2006-02 Rohin, Mohd Adzim Khalili Spesis Hylocereus telah memainkan peranan yang penting sebagai sumber warna merah semulajadi bagi pewarna makanan, industri farmaseutikal dan potensi kesihatan bagi meningkatkan tahap penglihatan, mencegah penyakit hipertensi dan melawan anemia. Kajian ini dilakukan bagi menentukan komposisi proksimat (abu, kelembapan, lemak dan protein), karbohidrat and fiber kasar, flavonoid (kaempferol, mirisitin, quersitin, apigenin, luteolin and rutin), mineral (kalsium, fospforus, magnesium, natrium, kalium, ferum, zink dan kuprum) dan vitamin larut air (tiamin (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), piridoksin(B6), siano-kobalamin (B12) dan asid askorbik (C) serta menilai kesan hipokolesterolemik buah pitaya merah ke atas profil lipid, jumlah antioksidan dan aras malondialdehid plasma tikus yang diaruh hiperkolesterolemia. Sebanyak 36 ekor tikus strain Sprague Dawley telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Kumpulan normal (N) dan kumpulan kawalan hiperkolesterolemik positif (HC), kumpulan rawatan telah diberikan diet pitaya merah dalam jumlah dos yang berbeza (0.5% (PF1), 0.83% (PF2) dan 1.17% (PF3)/BB) dan kumpulan Lv telah diberikan dos rawatan lovastatin (20 mg/kgBB). Kumpulan N telah diberikan diet normal, sementara 5 kumpulan yang lain (HC, PF1, PF2, PF3, and Lv) telah diberikan diet normal yang telah ditambah dengan 1% kolesterol dan 0.1% asid kolik, 30 g sehari. Kajian ini telah dilakukan selama 11 minggu. Sebanyak 10 ml darah telah diambil melalui penebukan kardiak sebanyak 4 kali sepanjang kajian dijalankan, iaitu minggu 0, 1, 3 dan 5 selepas rawatan diberikan. Profil lipid plasma boleh ditentukan dengan menggunakan mesin “chemistry auto-analyzer”. Keputusan analisis menunjukkan komposisi proksimat bagi buah pitaya merah adalah 87.3 ± 0.02% kelembapan, 0.70± 0.03 g abu, 0.16 ± 0.02 g protein, 0.23 ± 0.03 g lemak, 10.10 ± 0.25 g fiber kasar dan 1.48 ± 0.15 g karbohidrat. Kandungan flavonoid dalam pitaya merah, menunjukkan kandungan tertinggi adalah mirisitin (7.23 ± 0.86 µg), quersitin (6.81 ± 0.76 µg), kaempferol (3.09 ± 0.26 µg), apigenin (2.01 ± 0.18 µg), luteolin (1.06 ± 0.11 µg) dan rutin (1.03 ± 0.09 µg). Bagi kandungan mineral pula, pitaya merah kaya dengan kandungan kalium (56.96 ± 0.02 mg), natrium (50.15 ± 0.10 mg), magnesium (28.30 ± 0.97 mg), fosforus (23.00 ± 0.04 mg), zink (13.87± 0.68 mg), kalsium (5.70 ± 0.08 mg), ferum (3.40 ± 0.25 mg) dan kuprum (0.031 ± 0.004 mg). Pitaya merah juga kaya dengan vitamin C (525.32 ± 3.09 mg), B3 (513.78 ± 6.53 µg), B1 (48.90 ± 1.56 µg), B2 (40.75 ± 3.47 µg), B6 (20.57 ± 7.23 µg) dan B12 (15.61 ± 1.89 µg). Bagi kajian in-vivo pula, keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan perubahan berat badan dan pengambilan makanan yang signifikan (p<0.05) antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Kumpulan PF3 menunjukkan pertambahan berat badan (8.15%) dan pengambilan makanan (6.09%) yang paling rendah berbanding dengan kumpulan lain. Aras jumlah kolesterol pula menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05) bagi kumpulan diet pitaya merah dan rawatan lovastatin. Aras min jumlah kolesterol (TC) bagi kumpulan PF1 menurun kepada 46.73%, kumpulan PF2 (56.71%), kumpulan PF3 (59.01%) dan kumpulan Lv (54.33%) berbanding dengan minggu 0 (“baseline”). Aras TC bagi kumpulan kawalan N (5.05%) dan HC (13.86%) tidak menunjukkan sebarang perbezaan min yang signifikan (p<0.05). Aras min trigliserida (TG) bagi kesemua kumpulan menunjukkan penurunan yang signifikan dengan nilai 21.26% (kumpulan HC), 34.03% (kumpulan PF2), 48.32% (kumpulan PF3), 46.19% (kumpulan Lv), 42.83% (kumpulan PF1) dan 23.86% (kumpulan N) berbanding dengan minggu awal kajian. Aras min lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) meningkat sebanyak 2.10% (kumpulan N), 19.24% (kumpulan PF1), 24.74% (kumpulan PF2), 29.34% (kumpulan Lv) dan peningkatan min HDL yang paling tinggi adalah bagi kumpulan PF3 (34.25%). Aras min lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) menurun sebanyak 75.82% (kumpulan PF3), 74.36% (kumpulan PF2), 71.95% (kumpulan Lv) dan 60.55% (kumpulan PF1), tetapi bagi kumpulan N (11.27%) dan HC (20.99%) menunjukkan peningkatan nilai min LDL. Bagi status antioksidan keseluruhan (TAS), kumpulan Lv (22.93%) menunjukkan nilai min TAS yang paling tinggi selepas rawatan, diikuti oleh kumpulan PF3 (18.46%), PF1 (12.45%), PF2 (11.99%), dan N (0.49%). Nilai aras malondialdehid plasma (MDA) dalam kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan aras MDA yang paling rendah dengan peningkatan sebanyak 6.44% bagi kumpulan N, 7.47% (kumpulan PF3), 9.85% (kumpulan Lv), 11.09% (kumpulan PF1) dan 10.40% (kumpulan PF2). Kumpulan HC menunjukkan penurunan nilai min TAS (12.13%) dan mengalami peningkatan aras MDA (28.97%), ini adalah disebabkan oleh kehadiran kepekatan LDL dan TC yang tinggi dalam plasma. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, pengambilan diet buah pitaya merah sebanyak 500g boleh dicadangkan bagi menurunkan aras TC, LDL, TG dan MDA, dan membantu meningkatkan aras HDL dan TAS. Ini secara tidak langsung menjadikan pengambilan buah pitaya merah boleh membantu dalam mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular. 2006-02 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104/3/549062_fpsk_2006_2_abstrak_je__dh_pdf_.pdf application/pdf en public masters Universiti Putra Malaysia Faculty of Medicine and Health Science Malay