Potensi Penggunaan Urea Dalam Baja Adunan Pukal Di Malaysia

Baja sebatian lebih banyak digunakan kerana ia membekalkan ketiga-tiga unsur utama yang diperlukan oleh tumbuhan walaupun harganya lebih mahal. Baja campuran pula walaupun murah tetapi menghadapi masalah dari segi ketidakseragaman. Oleh itu baja adunan pukal merupakan alternatif terbaik memandang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ibrahim, Khazana
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10430/1/FP_1999_8_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Baja sebatian lebih banyak digunakan kerana ia membekalkan ketiga-tiga unsur utama yang diperlukan oleh tumbuhan walaupun harganya lebih mahal. Baja campuran pula walaupun murah tetapi menghadapi masalah dari segi ketidakseragaman. Oleh itu baja adunan pukal merupakan alternatif terbaik memandangkan ia lebih murah dari baja sebatian dan lebih seragam dari baja campuran. Tujuan kajian ini ialah mengkaji kombinasi baja yang paling sesuai yang melibatkan urea sebagai baja adunan pukal di samping keberkesanannya terhadap tanaman. Kajian ini melibatkan tiga peringkat iaitu kajian di makmal yang mengkaji kelembapan relatif kritikal (KRK), segregasi serta kualiti penyimpanan. Kajian di rumahkaca pula mengkaji kesan baja adunan pukal terhadap kesesuaian tanaman dan kajian di ladang untuk menentukan kesan penyebaran baja terhadap keseragaman. lenis-jenis baja yang digunakan dalam baja adunan pukal ialah dalam bentuk butiran bersaiz antara 2-4 mm. Di samping itu baja campuran, baja adunan pukal komersil dan baja sebatian juga digunakan sebagai perbandingan dengan rawatan baja adunan pukal.