Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia
Kerancakan IR 4.0 telah menjadikan teknologi internet sebagai saluran komunikasi dan carian maklumat utama kepada pengguna internet. Namun, di sebalik pembangunan ini, pengguna dibelenggu dengan pelbagai masalah pasaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan. Memandangkan golongan muda sering menja...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104382/1/NURAZLINA%20BINTI%20DOL%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-upm-ir.104382 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
collection |
PSAS Institutional Repository |
language |
English |
advisor |
Abu Bakar, Elistina |
topic |
Consumer behavior - Malaysia Consumers - Attitudes - Malaysia |
spellingShingle |
Consumer behavior - Malaysia Consumers - Attitudes - Malaysia Dol, Nurazlina Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia |
description |
Kerancakan IR 4.0 telah menjadikan teknologi internet sebagai saluran komunikasi dan carian maklumat utama kepada pengguna internet. Namun, di sebalik pembangunan ini, pengguna dibelenggu dengan pelbagai masalah pasaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan. Memandangkan golongan muda sering menjadi mangsa dalam pelbagai masalah pasaran, kajian terhadap mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia amatlah penting agar mereka dapat memahami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna dengan baik melalui amalan kepenggunaan seharian. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap dan faktor mempengaruhi amalan kepenggunaan mahasiswa IPT di Malaysia serta kesan pengaruh faktor pengantara agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dengan mengaplikasikan Teori Kognitif Sosial dan Teori Sosialisasi Pengguna. Pemboleh ubah yang dikaji adalah faktor peribadi iaitu kemahiran pengguna, nilai pengguna, identiti diri, sikap pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan, serta agen sosialisasi pengguna. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah Teknik Nominal Kelompok (Nominal Group Technique, NGT) seramai 21 orang, manakala penyelidikan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 800 mahasiswa IPT daripada sepuluh buah IPT yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat. Penganalisisan data terbahagi kepada analisis inferensi iaitu Ujian Khi Kuasa Dua dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Sciences (SPSS) dan inferensi melibatkan analisis Structural Equation Modelling (SEM) dengan menggunakan perisian Analysis of Moment Structures (AMOS).
Hasil analisis deskriptif daripada kajian kuantitatif mendapati nilai pengguna mahasiswa IPT adalah positif. Bagi kemahiran pengguna, kajian mendapati tahap adalah sederhana dan memfokus kepada kemahiran pembelian. Begitu juga dengan tahap identiti diri, sikap pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan iaitu berada pada tahap yang sederhana. Tahap amalan kepenggunaan juga berada pada tahap yang sederhana iaitu memfokus kepada amalan mencari maklumat. Hasil pemprofilan, mendapati ciri responden yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan pengguna ialah mereka daripada etnik India, yang sudah berkahwin, dan mempunyai tahap pendidikan ijazah sarjana muda. Tambahan pula, pendidikan pengguna perlu diberikan kepada pengguna tanpa mengira jantina, umur, asal, IPT, semester pengajian, bidang pengajian, dan keahlian dalam kelab pengguna. Hasil daripada analisis SEM, kajian mendapati sikap pengguna merupakan penyumbang terbesar amalan kepenggunaan berbanding identiti diri, agen media, nilai pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan. Agen media merupakan faktor pengantara separa terhadap hubungan antara sikap pengguna dan amalan kepenggunaan, dan hubungan antara identiti diri dan amalan kepenggunaan. Sebanyak 44.0 peratus perubahan dalam amalan kepenggunaan adalah disebabkan perubahan dalam kombinasi kelima-lima pemboleh ubah peramal iaitu sikap pengguna, identiti diri, agen media, nilai pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan. Hal ini bermakna, kajian seperti ini perlu dijalankan terhadap pemboleh ubah lain yang terdapat dalam faktor peribadi dan persekitaran agar faktor pengaruh amalan kepenggunaan yang lain akan dapat dikenal pasti.
Hasil daripada kaedah NGT, domain dan indikator kemahiran pengguna dan nilai pengguna dapat menyumbang kepada pembentukan instrumen kemahiran dan nilai pengguna. Kajian juga memberi implikasi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), persatuan pengguna, dan pihak institusi dalam meningkatkan program pendidikan pengguna terhadap kemahiran pengguna, sikap pengguna, identiti diri, nilai pengguna, kepercayaan terhadap kerajaan, agen sosialisasi, dan amalan kepenggunaan mahasiswa IPT di Malaysia. Kajian ini juga menyumbang kepada pengembangan Teori Kognitif Sosial dan Teori Sosialisasi Pengguna yang diadaptasikan dalam aspek kepenggunaan, mengenal pasti faktor peramal dalam amalan kepenggunaan, dan pengaruh pengantara terhadap hubungan faktor peribadi dan tingkah laku. Akhir sekali, memandangkan kajian amalan kepenggunaan secara umum di Malaysia masih kurang, maka hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada penyelidik sains sosial akan datang dalam bidang kepenggunaan dan yang berkaitan. |
format |
Thesis |
qualification_level |
Doctorate |
author |
Dol, Nurazlina |
author_facet |
Dol, Nurazlina |
author_sort |
Dol, Nurazlina |
title |
Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia |
title_short |
Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia |
title_full |
Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia |
title_fullStr |
Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia |
title_full_unstemmed |
Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia |
title_sort |
pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di malaysia |
granting_institution |
Universiti Putra Malaysia |
publishDate |
2020 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104382/1/NURAZLINA%20BINTI%20DOL%20-%20IR.pdf |
_version_ |
1776100432485023744 |
spelling |
my-upm-ir.1043822023-08-08T07:05:57Z Pengaruh faktor peribadi dan agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia 2020-06 Dol, Nurazlina Kerancakan IR 4.0 telah menjadikan teknologi internet sebagai saluran komunikasi dan carian maklumat utama kepada pengguna internet. Namun, di sebalik pembangunan ini, pengguna dibelenggu dengan pelbagai masalah pasaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan. Memandangkan golongan muda sering menjadi mangsa dalam pelbagai masalah pasaran, kajian terhadap mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia amatlah penting agar mereka dapat memahami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna dengan baik melalui amalan kepenggunaan seharian. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap dan faktor mempengaruhi amalan kepenggunaan mahasiswa IPT di Malaysia serta kesan pengaruh faktor pengantara agen sosialisasi ke atas amalan kepenggunaan dengan mengaplikasikan Teori Kognitif Sosial dan Teori Sosialisasi Pengguna. Pemboleh ubah yang dikaji adalah faktor peribadi iaitu kemahiran pengguna, nilai pengguna, identiti diri, sikap pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan, serta agen sosialisasi pengguna. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah Teknik Nominal Kelompok (Nominal Group Technique, NGT) seramai 21 orang, manakala penyelidikan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan seramai 800 mahasiswa IPT daripada sepuluh buah IPT yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat. Penganalisisan data terbahagi kepada analisis inferensi iaitu Ujian Khi Kuasa Dua dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Sciences (SPSS) dan inferensi melibatkan analisis Structural Equation Modelling (SEM) dengan menggunakan perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Hasil analisis deskriptif daripada kajian kuantitatif mendapati nilai pengguna mahasiswa IPT adalah positif. Bagi kemahiran pengguna, kajian mendapati tahap adalah sederhana dan memfokus kepada kemahiran pembelian. Begitu juga dengan tahap identiti diri, sikap pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan iaitu berada pada tahap yang sederhana. Tahap amalan kepenggunaan juga berada pada tahap yang sederhana iaitu memfokus kepada amalan mencari maklumat. Hasil pemprofilan, mendapati ciri responden yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan pengguna ialah mereka daripada etnik India, yang sudah berkahwin, dan mempunyai tahap pendidikan ijazah sarjana muda. Tambahan pula, pendidikan pengguna perlu diberikan kepada pengguna tanpa mengira jantina, umur, asal, IPT, semester pengajian, bidang pengajian, dan keahlian dalam kelab pengguna. Hasil daripada analisis SEM, kajian mendapati sikap pengguna merupakan penyumbang terbesar amalan kepenggunaan berbanding identiti diri, agen media, nilai pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan. Agen media merupakan faktor pengantara separa terhadap hubungan antara sikap pengguna dan amalan kepenggunaan, dan hubungan antara identiti diri dan amalan kepenggunaan. Sebanyak 44.0 peratus perubahan dalam amalan kepenggunaan adalah disebabkan perubahan dalam kombinasi kelima-lima pemboleh ubah peramal iaitu sikap pengguna, identiti diri, agen media, nilai pengguna, dan kepercayaan terhadap kerajaan. Hal ini bermakna, kajian seperti ini perlu dijalankan terhadap pemboleh ubah lain yang terdapat dalam faktor peribadi dan persekitaran agar faktor pengaruh amalan kepenggunaan yang lain akan dapat dikenal pasti. Hasil daripada kaedah NGT, domain dan indikator kemahiran pengguna dan nilai pengguna dapat menyumbang kepada pembentukan instrumen kemahiran dan nilai pengguna. Kajian juga memberi implikasi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), persatuan pengguna, dan pihak institusi dalam meningkatkan program pendidikan pengguna terhadap kemahiran pengguna, sikap pengguna, identiti diri, nilai pengguna, kepercayaan terhadap kerajaan, agen sosialisasi, dan amalan kepenggunaan mahasiswa IPT di Malaysia. Kajian ini juga menyumbang kepada pengembangan Teori Kognitif Sosial dan Teori Sosialisasi Pengguna yang diadaptasikan dalam aspek kepenggunaan, mengenal pasti faktor peramal dalam amalan kepenggunaan, dan pengaruh pengantara terhadap hubungan faktor peribadi dan tingkah laku. Akhir sekali, memandangkan kajian amalan kepenggunaan secara umum di Malaysia masih kurang, maka hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada penyelidik sains sosial akan datang dalam bidang kepenggunaan dan yang berkaitan. Consumer behavior - Malaysia Consumers - Attitudes - Malaysia 2020-06 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104382/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104382/1/NURAZLINA%20BINTI%20DOL%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Consumer behavior - Malaysia Consumers - Attitudes - Malaysia Abu Bakar, Elistina |