Interaksi antara kumpulan, pengaruh sosialisasi dan identifikasi sosial terhadap stereotaip dalam kalangan pelajar Melayu IPT di Malaysia

Peningkatan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) pada tahun 2017 berbanding tahun 2015 serta fenomena polarisasi dan perkauman dalam kalangan pelajar Melayu dan bukan Melayu sehingga di peringkat pengajian tinggi telah mewujudkan kebimbangan. Keadaan ini jika tidak dikawal boleh mendorong kepada p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Radzlan, Rohaizahtulamni
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104711/1/ROHAIZAHTULAMNI%20-%20IR.1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) pada tahun 2017 berbanding tahun 2015 serta fenomena polarisasi dan perkauman dalam kalangan pelajar Melayu dan bukan Melayu sehingga di peringkat pengajian tinggi telah mewujudkan kebimbangan. Keadaan ini jika tidak dikawal boleh mendorong kepada peningkatan tahap stereotaip negatif dan mengganggu proses kesepaduan nasional seperti yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk menjelaskan faktor pembentukan stereotaip dengan memfokuskan kepada pengaruh sosial dan individu dalam kalangan pelajar Melayu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Reka bentuk korelasi berdasarkan pendekatan kuantitatif melalui kaedah survei digunakan. Seramai 384 orang responden telah diperoleh melalui kaedah pensampelan mudah dengan penyebaran borang soal selidik secara atas talian. Pangkalan data Google Form digunakan dengan menyebar serta berkongsi pautan kepada rakan, pelajar IPT dan juga pensyarah, bermula pada awal November 2020 sehingga akhir Disember 2020. Selain itu, skala General Intergroup Contact Quantity and Contact Quality (CQCQ) digunakan untuk mengukur interaksi antara kumpulan, manakala Stereotype Content Model (SCM) digunakan untuk mengukur stereotaip. Pengaruh sosialisasi dan identifikasi sosial pula diukur menggunakan skala daripada kajian lepas dan menyesuaikan dengan konteks kajian ini. Kesemua alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini menghasilkan nilai kebolehpercayaan yang baik. Analisis ujian Mann-Withney daripada perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) serta perisian Structural Equation Model Partial Least Square (PLS-SEM) digunakan bagi menjawab persoalan dan objektif kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan identifikasi sosial atau faktor individu merupakan peramal utama bagi stereotaip dalam kalangan pelajar Melayu IPT. Identifikasi sosial juga berperanan sebagai mediator di antara pengaruh sosialisasi dengan stereotaip. Kajian ini juga menunjukkan tahap stereotaip bersifat negatif dalam kalangan pelajar Melayu adalah tinggi, serta umur dan gender turut memberi kesan kepada perbezaan tahap stereotaip. Situasi ini jika tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya pengasingan etnik dalam kalangan pelajar khususnya. Oleh itu, faktor sosial dan individu yang terdapat dalam kerangka teoretikal serta konseptual dapat menyokong pembentukan stereotaip bagi pelajar Melayu IPT kajian ini. Justeru, disarankan agar pihak bertanggungjawab meneliti semula keberkesanan dan kelemahan program-program yang telah dijalankan serta menambah baik usahausaha untuk mempertingkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar Melayu IPT kajian ini khususnya