Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah. Pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini telah menggunakan sepenuhnya kaedah kajian kes melalu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zain, Azrani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104757/1/FPP%202022%206%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.104757
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Asimiran, Soaib
topic Educational leadership
Educational leadership

spellingShingle Educational leadership
Educational leadership

Mohd Zain, Azrani
Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
description Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah. Pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini telah menggunakan sepenuhnya kaedah kajian kes melalui reka bentuk kajian kes satu kes pelbagai tempat. Reka bentuk ini merujuk kepada beberapa orang pengetua, guru, dan beberapa buah sekolah yang terdiri daripada dua kategori sekolah. Bertepatan dengan ciri-ciri kajian kes, kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah yang masing-masing dua buah sekolah dalam kategori SMK Kluster Kecemerlangan dan dua buah sekolah dalam kategori SMK Harian. Seramai dua belas orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada empat orang pengetua dan lapan orang guru akademik biasa. Penerimaan dan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru berkait secara langsung dengan keberkesanan pengajaran guru. Kelemahan dalam teknik penyampaian, penguasaan isi pelajaran dan kurikulum matapelajaran antara punca kepada kegagalan pengajaran secara berkesan. Pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah yang tidak terancang dan sistematik antara faktor yang menyebabkan kualiti pengajaran guru tidak dapat ditingkatkan dan pembangunan profesionalisme guru tidak dapat dilakukan. Kekurangan sumber rujukan berkaitan bidang penyeliaan pengajaran telah memberi kesan kepada kualiti penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan. Seterusnya kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan penyelia yang diberi tanggungjawab oleh pengetua menyebabkan matlamat utama penyeliaan pengajaran tidak dapat dicapai. Persoalan kajian terarah kepada empat bahagian utama iaitu peranan kepimpinan instruksional dalam penyeliaan pengajaran, kefahaman pengetua mengenai bidang penyeliaan pengajaran, bentuk amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dan isu-isu dalam pelaksanaan penyeliaan pengajaran. Hasil kajian menunjukkan pengetua di kedua-dua kategori sekolah percaya bahawa melalui pelaksanaan penyeliaan pengajaran tujuh elemen daripada sepuluh elemen yang terdapat dalam model kepimpinan instruksional boleh dilaksanakan. Seterusnya hasil kajian menunjukkan pengetua di kedua-dua kategori sekolah memahami bidang penyeliaan pengajaran dan keperluan pelaksanaannya di sekolah. Bentuk pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah menunjukkan tanggungjawab menyelia pengajaran guru telah diperturunkan kuasa kepada pemimpin peringkat pertengahan yang terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Ketua Bidang. Bentuk amalan penyeliaan pengajaran di kedua-dua kategori sekolah menunjukkan tidak terdapat amalan khusus yang digunakan semasa menyelia pengajaran guru. Hasil kajian sekali lagi menunjukkan isu kesibukan urusan pentadbiran, kekurangan bahan rujukan dan kekurangan pengetahuan serta pengalaman penyelia telah menyebabkan penyeliaan pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dapatan kajian keseluruhan menunjukkan bahawa pengetua di kedua-dua kategori sekolah pada asasnya telah mematuhi dan akur kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran di sekolah. Namun begitu, masih terdapat kelonggaran dan kelompangan dalam pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah. Kelompangan dan kelonggaran yang dikenal pasti seperti kekurangan pengalaman dan kemahiran menyelia pengajaran, ketidakpatuhan kepada prosedur penyeliaan pengajaran, tiada pendekatan dan amalan penyeliaan pengajaran yang khusus serta kelemahan dalam pengurusan data penyeliaan pengajaran. Kekurangan latihan, kursus dan sumber rujukan berkaitan pelaksanaan penyeliaan pengajaran dilihat sebagai faktor kepada kurangnya pengalaman berkaitan penyeliaan pengajaran. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan mengenai peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di kedua-dua kategori sekolah iaitu berlakunya perbezaan ciri-ciri yang dikaji.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Mohd Zain, Azrani
author_facet Mohd Zain, Azrani
author_sort Mohd Zain, Azrani
title Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
title_short Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
title_full Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
title_fullStr Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
title_full_unstemmed Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
title_sort peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104757/1/FPP%202022%206%20IR.pdf
_version_ 1783725844855783424
spelling my-upm-ir.1047572023-10-11T04:24:11Z Peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah kebangsaan kluster kecemerlangan dan sekolah menengah kebangsaan harian 2020-09 Mohd Zain, Azrani Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah. Pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes telah digunakan dalam kajian ini bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini telah menggunakan sepenuhnya kaedah kajian kes melalui reka bentuk kajian kes satu kes pelbagai tempat. Reka bentuk ini merujuk kepada beberapa orang pengetua, guru, dan beberapa buah sekolah yang terdiri daripada dua kategori sekolah. Bertepatan dengan ciri-ciri kajian kes, kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah yang masing-masing dua buah sekolah dalam kategori SMK Kluster Kecemerlangan dan dua buah sekolah dalam kategori SMK Harian. Seramai dua belas orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada empat orang pengetua dan lapan orang guru akademik biasa. Penerimaan dan pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru berkait secara langsung dengan keberkesanan pengajaran guru. Kelemahan dalam teknik penyampaian, penguasaan isi pelajaran dan kurikulum matapelajaran antara punca kepada kegagalan pengajaran secara berkesan. Pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah yang tidak terancang dan sistematik antara faktor yang menyebabkan kualiti pengajaran guru tidak dapat ditingkatkan dan pembangunan profesionalisme guru tidak dapat dilakukan. Kekurangan sumber rujukan berkaitan bidang penyeliaan pengajaran telah memberi kesan kepada kualiti penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan. Seterusnya kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan penyelia yang diberi tanggungjawab oleh pengetua menyebabkan matlamat utama penyeliaan pengajaran tidak dapat dicapai. Persoalan kajian terarah kepada empat bahagian utama iaitu peranan kepimpinan instruksional dalam penyeliaan pengajaran, kefahaman pengetua mengenai bidang penyeliaan pengajaran, bentuk amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dan isu-isu dalam pelaksanaan penyeliaan pengajaran. Hasil kajian menunjukkan pengetua di kedua-dua kategori sekolah percaya bahawa melalui pelaksanaan penyeliaan pengajaran tujuh elemen daripada sepuluh elemen yang terdapat dalam model kepimpinan instruksional boleh dilaksanakan. Seterusnya hasil kajian menunjukkan pengetua di kedua-dua kategori sekolah memahami bidang penyeliaan pengajaran dan keperluan pelaksanaannya di sekolah. Bentuk pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah menunjukkan tanggungjawab menyelia pengajaran guru telah diperturunkan kuasa kepada pemimpin peringkat pertengahan yang terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan, Penyelia Petang dan Ketua Bidang. Bentuk amalan penyeliaan pengajaran di kedua-dua kategori sekolah menunjukkan tidak terdapat amalan khusus yang digunakan semasa menyelia pengajaran guru. Hasil kajian sekali lagi menunjukkan isu kesibukan urusan pentadbiran, kekurangan bahan rujukan dan kekurangan pengetahuan serta pengalaman penyelia telah menyebabkan penyeliaan pengajaran tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dapatan kajian keseluruhan menunjukkan bahawa pengetua di kedua-dua kategori sekolah pada asasnya telah mematuhi dan akur kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran di sekolah. Namun begitu, masih terdapat kelonggaran dan kelompangan dalam pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah. Kelompangan dan kelonggaran yang dikenal pasti seperti kekurangan pengalaman dan kemahiran menyelia pengajaran, ketidakpatuhan kepada prosedur penyeliaan pengajaran, tiada pendekatan dan amalan penyeliaan pengajaran yang khusus serta kelemahan dalam pengurusan data penyeliaan pengajaran. Kekurangan latihan, kursus dan sumber rujukan berkaitan pelaksanaan penyeliaan pengajaran dilihat sebagai faktor kepada kurangnya pengalaman berkaitan penyeliaan pengajaran. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan mengenai peranan kepimpinan instruksional dalam amalan penyeliaan pengajaran di kedua-dua kategori sekolah iaitu berlakunya perbezaan ciri-ciri yang dikaji. Educational leadership School supervision, Secondary 2020-09 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104757/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104757/1/FPP%202022%206%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Educational leadership School supervision, Secondary Asimiran, Soaib