Kesan pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi terhadap kolaborasi dan rasa ingin tahu murid

Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang hanya tertumpu kepada hasil produk menyebabkan murid kurang didedahkan kepada kemahiran untuk berkolaborasi dan mencetuskan rasa ingin tahu dalam pembelajarannya. Justeru itu, kajian untuk menentukan kaedah pengajaran RBT dalam menerapkan tahap kol...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abang Ibrahim, Dayang Suryati
格式: Thesis
語言:English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104759/1/FPP%202022%208%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang hanya tertumpu kepada hasil produk menyebabkan murid kurang didedahkan kepada kemahiran untuk berkolaborasi dan mencetuskan rasa ingin tahu dalam pembelajarannya. Justeru itu, kajian untuk menentukan kaedah pengajaran RBT dalam menerapkan tahap kolaborasi dan rasa ingin tahu serta kesannya adalah diperlukan. Dua pendekatan pembelajaran digunakan iaitu Pengajaran Tradisional (PT) bagi kumpulan kawalan dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) untuk kumpulan rawatan. Kajian secara kuasi eksperimen dijalankan dengan reka bentuk kumpulan kawalan tidak setara. Dua kumpulan kajian dipilih daripada dua buah sekolah harian yang berbeza yang terdiri daripada 34 orang murid bagi kumpulan kawalan dan 32 orang murid untuk kumpulan rawatan. Ujian pra dijalankan dan diikuti dengan pelaksanaan intervensi selama tujuh minggu. Selepas selesai intervensi, ujian pasca dijalankan oleh kedua-dua kumpulan. Instrumen Collaboration Questionnaire dan 5-Dimensional Curiosity Scale yang telah diubahsuai oleh pengkaji digunakan dalam kedua-dua ujian. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferens. Ujian pra menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap kolaborasi dan rasa ingin tahu bagi kedua-dua kumpulan. Walau bagaimanapun, ujian pasca menunjukkan tahap kolaborasi dan rasa ingin tahu murid bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Justeru itu, dapatan kajian mencadangkan bahawa kolaborasi dan rasa ingin tahu murid dapat diterapkan dalam pengajaran guru melalui kaedah PBP. Hal ini dapat dilakukan melalui perbincangan yang berstruktur dan penyoalan essential daripada perancangan yang eksplisit, aktiviti pembelajaran yang bersesuaian serta bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar yang menyokong kepada pelaksanaan kerja projek murid.