Amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri sebagai faktor peramal terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dalam kalangan guru prinsip perakaunan
Menurut Standard Guru Malaysia, bagi pendidikan abad ke-21, semua guru mesti mempunyai kemahiran berkomunikasi, belajar, berfikir, literasi komputer, pedagogi dan berintegrasi teknologi maklumat. Pengintegrasi teknologi dalam pendidikan membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan (...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104771/1/FPP%202022%2026%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Menurut Standard Guru Malaysia, bagi pendidikan abad ke-21, semua guru
mesti mempunyai kemahiran berkomunikasi, belajar, berfikir, literasi komputer,
pedagogi dan berintegrasi teknologi maklumat. Pengintegrasi teknologi dalam
pendidikan membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dengan berkesan dan juga dapat menghubungkaitkan satu proses PdPc
guru menjadi lebih aktif dan inovatif berbanding dengan kaedah konvensional.
Tetapi terdapat kajian lepas menyatakan guru Prinsip Perakaunan masih suka
dengan kaedah pembelajaran berpusat guru. Dalam kajian Noormahanisa dan
Norasmah, (2020) menyatakan guru Prinsip Perakaunan masih suka guna
kaedah berpusat guru. Ini menyebabkan pelaksanaan pendekatan pengajaran
tidak dapat melaksanakannya dengan sistematik. Oleh itu, guru tidak
menyatukan komponen teknologi, pedagogi, dan isi kandungan mata pelajaran
semasa menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan. Selain itu, juga terdapat
kajian yang menyatakan guru Prinsip Perakaunan tidak menguasai pedagogi
yang sesuai semasa menjalankan PdPc. Dalam kajian Arumugham dan Sarimah
(2020), menyata masih terdapat guru Prinsip Perakaunan kurang berkesan
dalam menterjemahkan isi kandungan subjek yang diajar semasa menjalankan
pembelajaran dan pemudahcaraan. Ini disebabkan oleh pedagogi yang
digunakan oleh guru kurang sesuai dengan muridnya.Sehubungan dengan itu,
kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan teknologi pedagogi
kandungan, amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri atas
guru Prinsip Perakaunan. Selain itu, kajian ini juga untuk mengkaji hubungan
antara amalan komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri dengan
pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Responden kajian terdiri daripada
324 guru Prinsip Perakaunan daripada seluruh Malaysia yang dipilih secara
rawak. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik.
Hasil dapatan menunjukkan guru Prinsip Perakaunan memiliki tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan yang tinggi (min=3.781, sp=.275).
Namun didapati guru Prinsip Perakaunan juga mempunyai tahap amalan
komuniti pembelajaran profesional dan aturan kendiri yang tinggi iaitu
min=3.395, sp=.084 dan min=4.964, sp=.472 masing-masing. Hasil analisis
kajian juga mendapati terdapat hubungan yang kuat dan signifikan (r=.817 , p
<.005) di antara amalan komuniti pembelajaran profesional dengan
pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Pembelajaran aturan kendiri pula
menunjukkan hubungan yang lemah dan signifikan (r=.248, p<.005) dengan
pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru Prinsip Perakaunan. Dapatan
hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang sederhana antara
ketiga-tiga pemboleh ubah dengan nilai r =0.683, p <0.01. Amalan komuniti
pembelajaran profesional dan aturan kendiri merupakan faktor peramal
terhadap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan dengan varian
perubahan sebanyak 68.3%. Dalam konteks ini, terdapat 31.70 peratus lagi
disumbangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak diambil kira dalam kajian ini.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, amalan komuniti pembelajaran
profesional dan aturan kendiri mampu memberi impak kepada kualiti guru. Oleh
itu, pihak Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah perlu meneruskan amalan
ini secara berterusan di kalangan guru. Kerjasama dan sokongan antara pihak
Jabatan Pendidikan Negeri dengan sekolah amat diperlukan untuk
meningkatkan dan menambahbaikan pengetahuan teknologi pedagogi
kandungan guru dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak sekolah dan guru
perlu bekerjasama sepanjang proses PdPc dilaksanakan agar guru sentiasa
kompeten di dalam kursus yang dipelajari. Kesimpulannya, amalan komuniti
pembelajaran profesional dan aturan kendiri merupakan faktor peramal terhadap
pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru Prinsip Perakaunan di Malaysia. |
---|