Kesan intervensi kemahiran motor asas terhadap perkembangan kemahiran lokomotor dan kawalan objek dalam kalangan kanak-kanak bandar berumur sepuluh tahun

Permulaan perkembangan kanak-kanak adalah melalui kemahiran asas motor, di mana kanak-kanak boleh meneroka potensi diri melalui ruang (lokomotor) dan meningkatkan keupayaan kawalan terhadap objek (manipulatif). Perkembangan motor kasar kanak-kanak di Malaysia tidak mengikut umur kronologi. Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Khannas, Norfaridah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104776/1/FPP%202022%2039%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permulaan perkembangan kanak-kanak adalah melalui kemahiran asas motor, di mana kanak-kanak boleh meneroka potensi diri melalui ruang (lokomotor) dan meningkatkan keupayaan kawalan terhadap objek (manipulatif). Perkembangan motor kasar kanak-kanak di Malaysia tidak mengikut umur kronologi. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan program intervensi ke atas tahap perkembangan kemahiran lokomotor, kemahiran kawalan objek dan perkembangan motor kasar kanak-kanak bandar berumur sepuluh tahun. Reka bentuk kajian ini adalah quasi-eksperimental pra dan pasca ujian bagi kumpulan seimbang. Pensampelan rawak berlapis dan rawak mudah digunakan bagi memilih seramai 60 (L=29, P=31) orang murid tahun empat kategori sekolah bandar dan guru opsyen pendidikan jasmani dipilih sebagai pelaksana intervensi untuk kumpulan kajian. Kumpulan rawatan menggunakan program intervensi kemahiran motor asas selama lapan minggu dan kumpulan kawalan menggunakan program pendidikan jasmani biasa selama lapan minggu. Data perkembangan kemahiran lokomotor, kemahiran kawalan objek dan perkembangan kemahiran motor kasar (GMDQ) ditentukan dengan menggunakan instrumen Test of Gross Motor Development Second Edition (TGMD-2). Hasil analisis MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi min GMDQ ujian pra Wilk’s λ = 0.98, F(3,56) = 0.39, p>0.05, multivariate η2 = 0.021, manakala ujian pasca melaporkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min GMDQ Wilk’s λ = 0.62, F(3,56) = 11.49, p<0.001, multivariate η2 = 0.381 antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Analisis univariate F menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar semasa ujian pasca iaitu GMDQ [F(1,58) = 33.5, p<0.001, eta squared = 0.366], AEL [F(1,58) = 25.6, p<0.001, eta squared = 0.306], and AEM [F(1,58) = 11.04, p<0.01, eta squared = 0.16]. Analisis perbandingan pasangan menunjukkan min kumpulan rawatan melebihi min kumpulan kawalan secara signifikan dalam skor GMDQ (perbezaan min = 15.90, p<0.001), AEL (perbezaan min = 2.13, p<0.001) dan skor AEM (perbezaan min = 1.01, p<0.01). Kesimpulannya, program intervensi kemahiran motor asas membuktikan dapat membantu mempertingkatkan tahap perkembangan kemahiran motor kasar kanak-kanak yang dirawat.