Meneroka pengalaman guru melaksanakan pendidikan berasaskan hasil bagi program teknologi automotif di kolej vokasional negeri Selangor, Malaysia
Penubuhan Kolej Vokasional (KV) merupakan suatu transformasi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menaiktaraf Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran dan mengikuti teknologi terkini. Perubahan kurikulum dan corak pengajaran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/105095/1/FPP%202022%2018%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penubuhan Kolej Vokasional (KV) merupakan suatu transformasi daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menaiktaraf Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) bagi melahirkan pekerja yang
berkemahiran dan mengikuti teknologi terkini. Perubahan kurikulum dan corak
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada Pendidikan Berasaskan Hasil
(PBH) memberi impak secara menyeluruh kepada warga pendidik di KV. Isu
yang timbul berdasarkan kajian terdahulu mendapati wujud masalah
penguasaan PBH di kalangan guru, dan menyebabkan proses PdP kurang
berkesan. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hasil daripada audit yang
dijalankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang menyatakan pelaksanaan PBH
di kalangan guru KV berada pada tahap yang rendah. Justeru, satu kajian
dijalankan untuk meneroka pengalaman guru melaksanakan PdP berteraskan
PBH bagi program Teknologi Automotif, KV di Selangor. Kajian ini meneroka
kefahaman guru, kaedah pelaksanaan di dalam PdP guru, cabaran yang
dihadapi dan cara mengatasinya sepanjang guru melaksanakan PdP
berteraskan PBH di KV. Kajian ini dilaksanakan secara kajian kualitatif
menggunakan rekabentuk fenomenologi untuk mendapatkan jawapan bagi
persoalan kajian ini. Sejumlah tujuh orang guru dan dua orang pentadbir KV
terlibat sebagai informan dalam kajian. Data dikumpulkan menerusi temu bual
separa berstruktur secara mendalam disokong dengan maklumat berkaitan
melalui analisis dokumen sebagai data tringulasi bagi menguatkan lagi kesahan
dan kebolehpercayaan kajian ini. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis
menggunakan kaedah analisis tematik dengan menerbitkan kod, kategori dan
tema. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pendidikan holistik,
membina intelek dan sahsiah diri, dan meningkatkan kualiti pendidikan menjadi
tema kepada kefahaman guru terhadap pelaksanaan PBH di KV. Selain itu,
dapatan kajian juga merungkai pelaksanaan PdP yang dijalankan mempunyai
empat proses utama iaitu perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan
penilaian. Namun begitu, terdapat cabaran yang menjadi halangan kepada pelaksanaan PdP berteraskan PBH di KV iaitu beban guru bertambah,
penyampaian PdP tidak efektif, kurikulum tidak stabil dan kurang sokongan
pentadbir. Cabaran ini disalurkan melalui mesyuarat pengurusan dan
penambahbaikan berterusan. Berdasarkan maklumat kajian ini, dicadangkan
kualiti amalan PdP guru ditambah baik dengan melaksanakan pemantauan
berterusan dan audit kendiri, menubuhkan komuniti guru dalam pembelajaran
professional dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. |
---|