Doktor Perubatan Wanita Melayu: Halangan Terhadap Program Latihan Perubatan Pakar

Literatur menunjukkan bahawa jumlah doktor pakar perubatan di kalangan wanita Melayu kecil berbanding lelaki. Kurangnya jumlah doktor pakar tersebut dikatakan mereka mempunyai banyak halangan untuk mengikuti kursus lanjutan pakar. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Samsudin, Rafiqah
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 2001
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10962/1/FPP_2001_20.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Literatur menunjukkan bahawa jumlah doktor pakar perubatan di kalangan wanita Melayu kecil berbanding lelaki. Kurangnya jumlah doktor pakar tersebut dikatakan mereka mempunyai banyak halangan untuk mengikuti kursus lanjutan pakar. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bertujuan untuk memahami pengalaman mengenai halangan kepada doktor wanita untuk mengikuti latihan formal dalam bidang perubatan pakar. Kajian melibatkan doktor dan pakar perubatan wanita yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima tahun . Temuduga secara mendalam (in-depth interview) dengan sembilan orang informan telah dijalankan bertujuan untuk mengumpul data kajian . Mereka merupakan lima orang doktor perubatan dan empat orang pakar perubatan wanita dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan serta Kepakaran Kanak-kanak.