Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berkaitan pengurusan kolaboratif di sekolah menengah Wilayah Persekutuan. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor-faktor demografi pengetua sekolah, saiz sekolah, tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tang, Keow Ngang
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11042/1/FPP_2003_15.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor berkaitan pengurusan kolaboratif di sekolah menengah Wilayah Persekutuan. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor-faktor demografi pengetua sekolah, saiz sekolah, tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, budaya kerja guru, tahap kebolehan guru serta struktur organisasi. Faktor-faktor demografi pengetua merangkumi jantina, etnik, latar belakang kelulusan akademik, pengalaman, dan umur. Kajian yang berbentuk tinjauan korelasi ini adalah berdasarkan 'Model Kitaran Pengurusan Kolaboratif Sekolah' oleh Caldwell dan Spinks (1988) dan 'Teori Sistem Empat Pengurusan' oleh Rensis Likert (1961). Sejumlah 310 orang guru dari 31 buah sekolah menengah Wilayah Persekutuan dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis.