Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pengetahuan Kandungan Pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Satu

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi Tingkatan Satu. Mata pelajaran ini diperkenalkan kembali pada 2005 secara berperingkat bermula di sekolah rendah Tahun Empat dan menengah Tingkatan Satu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yasin, Maizura
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 2010
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11069/1/FPP_2010_1_A.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) bagi Tingkatan Satu. Mata pelajaran ini diperkenalkan kembali pada 2005 secara berperingkat bermula di sekolah rendah Tahun Empat dan menengah Tingkatan Satu, dengan harapan dapat melahirkan warganegara yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka, menghargai perpaduan dan mengapreasiasi kepelbagaian budaya Malaysia. Seramai 300 guru di Terengganu daripada guru pelbagai bidang pengkhususan pengajaran menjadi responden dalam kajian ini. Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan Kursus Kejurulatihan kepada guru yang bakal mengajar mata pelajaran ini. Bagaimanapun, kursus ini dikendalikan dalam tempoh yang singkat dan tidak melibatkan semua guru yang akan mengajar mata pelajaran ini. Fenomena ini mungkin mempunyai implikasi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi guru PSK. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan infrensi, iaitu Ujian t dan Analisis Varians Satu Hala (ANOVA). Dapatan menunjukkan bahawa lebih daripada sebahagian (53.3%) responden mempunyai tahap kesediaan yang tinggi terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK. Bagaimanapun, majoriti responden memperolehi tahap kesediaan rendah terhadap pengetahuan kandungan dan tahap kesediaan sederhana terhadap pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi khusus PSK, dan pengetahuan tentang karakteristik murid. Dapatan juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan t (298) = .905, p> .05 antara guru yang mengajar aliran pengkhususan sains dan sastera, tentang tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK. Seterusnya, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t (298) = 5.365, p< .05, bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi PSK antara guru yang telah mengikuti latihan dan tanpa latihan. Selain itu, dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar dengan ujian F (7,292) = 2.604, p<.05. Akhirnya, dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesediaan guru terhadap pengetahuan kandungan pedagogi berdasarkan tempoh pengalaman mengajar PSK dengan ujian F (4, 295) = 5.917, p <.05.