Tahap Penglibatan Peserta dalam Projek Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

Projek Hala Cara Baru pembangunan kampung dan luar bandar (HCB) telah dilancarkan untuk pelaksanaan pada tahun 1984. Sungguhpun tujuh tahun telah berlalu,kemajuan pelaksanaannya didapati kurang memuaskan. Tahap penglibatan peserta yang rendah telah dikaitkan dengan masalah pelaksanaan projek ter...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yatim, Abdullah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1992
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11093/1/FPP_L_1992_3_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Hala Cara Baru pembangunan kampung dan luar bandar (HCB) telah dilancarkan untuk pelaksanaan pada tahun 1984. Sungguhpun tujuh tahun telah berlalu,kemajuan pelaksanaannya didapati kurang memuaskan. Tahap penglibatan peserta yang rendah telah dikaitkan dengan masalah pelaksanaan projek tersebut. Tujuan umum kajian ialah untuk menentukan faktor-faktor berhubung dengan penglibatan peserta dalam projek Hala Cara Baru pembangunan kampung dan luar bandar. Secara khusus, kajian ini bertujuan mengetahui: (i) tahap penglibatan peserta dalam perencanaan projek HCB, (ii) penerimaan responden terhadap pelaksanaan aktiviti projek HCB, (iii) tanggapan peserta terhadap matlamat dan strategi projek HCB, (iv) hubungan antara tahap pelaksanaan projek dengan tahap penglibatan peserta, dan (v) hubungan antara penglibatan dengan beberapa angkubah bebas terpilih kajian.