Penyediaan garis panduan slaid pembelajaran berdasarkan model Addie

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah memartabatkan bahasa Melayu dengan menjadikannya bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah serta di institusi pengajian tinggi termasuklah Institut Pendidikan Guru (IPG). Masalah penggunaan bahasa Melayu dilihat turut berlaku dalam kalangan pelajar IPG terutam...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Aziz, Nor Aziah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2020
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111012/1/FBMK%202021%2023%20-%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dasar Pendidikan Kebangsaan telah memartabatkan bahasa Melayu dengan menjadikannya bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah serta di institusi pengajian tinggi termasuklah Institut Pendidikan Guru (IPG). Masalah penggunaan bahasa Melayu dilihat turut berlaku dalam kalangan pelajar IPG terutamanya dalam slaid pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi praktikum di sekolah. Bagi mengatasi kesalahan bahasa ini, satu garis panduan slaid pembelajaran diperlukan. Kajian ini merangkum tiga objektif, iaitu menganalisis kesalahan ejaan dan morfologi dalam slaid pembelajaran bahasa Melayu, menganalisis kesalahan sintaksis dalam slaid pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015) dan menyediakan garis panduan slaid pembelajaran bahasa Melayu berlandaskan Model ADDIE. Kaedah penyediaan garis panduan ini berpandukan Model ADDIE yang mencakup lima fasa, iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Metodologi yang digunakan ialah kaedah kualitatif dan melibatkan 30 orang responden jurusan bahasa Melayu. Data dikumpulkan melalui analisis kesalahan bahasa dalam slaid pembelajaran, temu bual dan soal selidik. Pendekatan Analisis Kesalahan Bahasa telah digunakan dengan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015). Hasil dapatan menunjukkan pelajar telah melakukan tujuh kesalahan ejaan dan 28 kesalahan morfologi. Bagi kesalahan sintaksis pula, pelajar melakukan sebanyak 27 kesalahan. Setelah responden menggunakan garis panduan slaid pembelajaran, kesalahan ejaan, morfologi dan sintaksis telah menunjukkan penurunan, iaitu tiada kesalahan ejaan, tujuh kesalahan morfologi dan sembilan kesalahan sintaksis. Peratus penambahbaikan untuk ejaan ialah 100%, morfologi 79% dan sintaksis 67%. Peratus keseluruhan penambahbaikan ialah 76%, iaitu 15 kesalahan sahaja. Analisis indeks Cohen Kappa untuk pengesahan pakar garis panduan berada pada skala sangat baik, iaitu K = 0.85 dan peratus persetujuan pakar ialah 92%. Kesimpulannya, garis panduan ini dapat membantu meningkatkan pemahaman tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru.