Analisis Keperluan Latihan Untuk Pegawai Tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia

Analisis keperluan latihan pegawai tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dijalankan selaras dengan perancangan pengkorporatan universiti ini. Kajian ini bertujuan mengetahui pengetahuan dan kemahiran N3 yang diperlukan bagi membantu universiti ini mencapai misi barunya. Kajian ini juga...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hamzah, A'ni
格式: Thesis
语言:English
Malay
出版: 1995
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11138/1/FPP_L_1995_7.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Analisis keperluan latihan pegawai tadbir (N3) Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dijalankan selaras dengan perancangan pengkorporatan universiti ini. Kajian ini bertujuan mengetahui pengetahuan dan kemahiran N3 yang diperlukan bagi membantu universiti ini mencapai misi barunya. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui kecukupan kemahiran N3 dan keperluan latihan mereka mengikut jabatan (Jabatan Pendaftar, Canselori dan Fakulti). Selain dari itu, kajian juga adalah untuk melihat perbezaan tanggapan antara N3 dan ketua mereka terhadap keperluan latihan. Kajian ini berdasarkan tugas-tugas N3 dan tertumpu kepada fungsifungsi pengurusan. Responden terdiri daripada 37 orang N3 dan 37 orang ketua atau penyelia mereka. Kajian ini menggunakan dua komponen penilaian iaitu perkaitan dengan tugas dan kecekapan pegawai. Keutamaan latihan dikategorikan mengikut gabungan skor purata komponen 'perkaitan dengan tugas' dan 'kekurangan kemahiran'. Darjah keperluan latihan yang tinggi ditunjukkan oteh pasangan skor 'perkaitan dengan tugas' yang tinggi dan skor 'kekurangan kemahiran' yang tinggi. Analisis keperluan Iatihan ini mendapati bahawa dari aspek perkaitan subjek latihan dengan tugas, 60.7% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap sederhana dan 39.3% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi. Dad aspek kekurangan kemahiran pula, 2 1 .4% N3 mempunyai skor pemberat pada tahap sederhana dan 78.6% mempunyai skor pemberat pada tahap tinggi.