Cara Pengurusan Konflik Antara Perseorangan Di Kalangan Eksekutif Dan Keberkesanannya Dalam Organisasi

Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Said, Md.Yadi
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
Malay
منشور في: 1996
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11148/1/FPP_L_1996_6_A.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan menentukan cara pengurusan konflik antara perseorangan (integrasi, obligasi, pengelakan, kompromi dan dominasi) di kalangan eksekutif dalam agensi kerajaan dan swasta di Lembah Klang. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti punca konflik antara perseorangan dan kecenderungan individualistik dan kolektivistik responden. Jumlah responden yang mengambil bahagian ialah 121 eksekutif dengan memulangkan borang soal selidik yang diisi sendiri. Tiga jenis borang soal selidik digunakan iaitu; borang A untuk konflik antara perseorangan dengan superior, borang B untuk konflik antara perseorangan dengan rakan sejawatan dan borang C untuk konflik antara perseorangan dengan subordinat. Setiap responden hanya menjawab satu jenis borang soal selidik sahaja. Integrasi merupakan cara pengurusan konflik antara perseorangan yang paling kerap digunakan apabila berkonflik dengan superior, rakan sejawatan dan subordinat dalam agensi kerajaan dan swasta.