Keberkesanan program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah di Ampang, Selangor, Malaysia

Program kepolisan komuniti yang dilaksanakan di sekitar kawasan kejiranan bermatlamat mencegah kes-kes jenayah indeks membabitkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dalam kawasan kejiranan komuniti. Walau bagaimanapun, penyertaan komuniti selaku penerima manfaat program kepolisan komuniti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mamat, Mohd Roslin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/111818/1/FEM%202023%201%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program kepolisan komuniti yang dilaksanakan di sekitar kawasan kejiranan bermatlamat mencegah kes-kes jenayah indeks membabitkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dalam kawasan kejiranan komuniti. Walau bagaimanapun, penyertaan komuniti selaku penerima manfaat program kepolisan komuniti masih tidak menggalakkan. Ini menimbulkan kebimbangan kepada PDRM selaku pelaksana program kepolisan komuniti kerana dikhuatiri bahawa komuniti berkemungkinan tidak memahami matlamat program kepolisan komuniti yang dianjurkan oleh PDRM. Objektif kajian yang pertama bertujuan untuk meneroka kefahaman komuniti terhadap program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah. Kedua, kajian bertujuan untuk mengkaji keberkesanan program kepolisan komuniti oleh polis dalam pencegahan jenayah. Ketiga, kajian bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program kepolisan komuniti oleh komuniti dan polis dalam pencegahan jenayah. Reka bentuk kajian kualitatif melalui pendekatan kajian kes digunakan untuk menemu bual informan kajian. Informan kajian yang dipilih melalui strategi pensampelan bertujuan melibatkan Anggota Kepolisan Komuniti (AKK) dan Pegawai Polis. Kajian dilaksanakan di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Taman Melawati Ampang. Teknik pengumpulan data dilaksanakan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus (PKF) melibatkan AKK dan temu bual mendalam melibatkan PP. Borang protokol temu bual separa struktur digunakan sebagai panduan menemu bual informan. Data- data temu bual dianalisis menggunakan teknik analisis tematik yang merangkumi tiga tema utama iaitu kefahaman komuniti, keberkesanan program dan kekuatan dan kelemahan yang berhubungkait dengan program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah. Hasil kajian objektif pertama menunjukkan bahawa AKK memahami matlamat program kepolisan komuniti adalah untuk mencegah jenayah dalam kawasan kejiranan. Dari segi penglibatan komuniti sebagai pemangkin program didapati bahawa golongan muda dan belia terutama kurang tertarik untuk melibatkan diri secara sukarelawa sebagai AKK. Ini mengakibatkan kerjasama strategik melalui rondaan tidak dapat dilaksanakan secara berterusan kerana kejiranan enggan menyalurkan bantuan wang ringgit bagi membiayai elaun rondaan kepada AKK bertugas. Rangkaian perkongsian maklumat oleh AKK disalurkan melalui aplikasi media komunikasi seperti whatsapp, facebook group, papan kenyataan masjid dan surau, pos pengawal AKK dan perkongsian maklumat bersama- sama agensi penguatkuasa seperti PDRM dan RELA. Dapatan kajian tentang keberkesanan program kepolisan komuniti oleh polis disokong dari segi langkah pencegahan jenayah secara bersepadu, kekuatan anggota dan sumber manusia menghapus peluang jenayah, mempunyai latihan yang mencukupi untuk memperkasa komuniti dalam program dan menjadi penasihat komuniti dalam pelaksanaan program kepolisan komuniti. Penemuan kajian tentang segi kekuatan program kepolisan komuniti yang dikenal pasti ialah dari segi peranan penyelia selaku KPB yang proaktif, koordinasi efektif pihak polis terhadap kawasan pentadbiran dan tempoh pengalaman bekerja bagi Ketua Sektor di setiap kawasan. Melalui kajian ini juga didapati wujud kekurangan yang memerlukan penambahbaikan iaitu dari segi gaya kepimpinan penyelia dalam menyelaras sumber manusia yang tidak mencukupi, langkah untuk mengatasi kekangan aset dan logistik dan komitmen Ketua Sektor terhadap penugasan rondaan yang perlu diperkasa. Sebagai kesimpulannya, program kepolisan komuniti memerlukan jalinan perkongsian maklumat dan kerjasama bersepadu antara orang awam selalu AKK dan pihak polis selaku pelaksana program. Implikasi kajian memberi sumbangan input pengetahuan baharu kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), PDRM untuk memperkasa aset dan logistik yang mencukupi berdasarkan keperluan dan kehendak program kepolisan komuniti.