Perencatan Terhadap Pertumbuhan Escherichia Coli 2520 (USCC) Oleh Laktoferin Dan Bifidobakterium Asteroides.

Laktoferin merupakan sejenis protein pengikat ferum yang banyak terdapat di dalam susu dan sekresi eksternal tubuh yang lain serta berupaya bertindak sebagai agen antibakteria. Bifidobakteria merupakan sebahagian daripada komposisi utama flora usus manusia normal dan turut berperanan merencat per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rashed, Aswid
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11188/1/FPSK_M_1998_1_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laktoferin merupakan sejenis protein pengikat ferum yang banyak terdapat di dalam susu dan sekresi eksternal tubuh yang lain serta berupaya bertindak sebagai agen antibakteria. Bifidobakteria merupakan sebahagian daripada komposisi utama flora usus manusia normal dan turut berperanan merencat pertumbuhan bakteria patogenik. Kajian ini menggunakan laktoferin yang diekstrak daripada susu lembu, apo-laktoferin yang disediakan daripada laktoferin yang diekstrak dan B. asteroides yang telah diasingkan daripada lebah madu (No. D-2 1 ) diperolehi dari Jabatan Teknologi Makanan, UPM untuk mengkaji kesan antibakteria terhadap E. coli 2520 USCC melalui kajian secara in vitro dan in vivo. Kajian secata in vitro mendapati laktoferin pada kepekatan 1 . 0 mg/mI menunjukkan kesan perencatan terhadap kadar pertumbuhan E. coli 2520 (USCC) antara 3 - 9 jam ujikaji, apo-laktoferin menunjukkan kesan perencatan terhadap pertumbuhan E. coli pada jangkamasa ujikaji