Pengaruh Kepekatan Plumbum Dalam Darah Dengan Tahap Cerdik Pandai (iq) di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kuala Lumpur dan Terengganu, Malaysia.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepekatan plumbum darah dengan IQ kanak-kanak di Malaysia. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai kawasan bandar (tercemar) manakala Kemaman dan Setiu, Terengganu sebagai kawasan luar bandar (kurang tercemar).jumlah responden seramai 212 kanakkanak,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsudin, Shamsul Bahari
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1998
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11196/1/FPSK_M_1998_4_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepekatan plumbum darah dengan IQ kanak-kanak di Malaysia. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai kawasan bandar (tercemar) manakala Kemaman dan Setiu, Terengganu sebagai kawasan luar bandar (kurang tercemar).jumlah responden seramai 212 kanakkanak, 112 dari bandar dan 100 dari luar bandar, terdiri dari kanak-kanak Melayu yang berumur 6 1/2 hingga 8 1/2 tahun. Sampel darah diambil dari 82 responden bandar dan 80 responden luar bandar, dengan menggunakan kaedah cucukan hujung jari, skor IQ kanak-kanak diukur menggunakan 'McCarthy Scales of Children's Abilities Test' (MSCA) dan prestasi akademik diperolehi dari keputusan peperiksaan terbaru di sekolah masing-masing. Plumbum di udara ambien disampel menggunakan 'Minivol' . Kepekatan plumbum pada kertas penapis dan dalam darah dicerap menggunakan Spektrometer Serapan Atom Relau Grath. Hasil kajian menunjukkan min kepekatan plumbum udara ambien di Kuala Lumpur (0.095 ug/m3) lebih tinggi dari Kemaman (0.027 ug/m3) dan Setiu (0.0 15 ug/m3) dimana perbezaan varian adalah signifikans. Min log10 plumbum darah responden bandar (0.65 1) lebih tinggi dari luar bandar (0.442), nilai min menunjukkan perbezaan yang signifikans (t=5. 1 1; p<O.O1). Kajian menunjukkan skor IQ kanak-kanak luar bandar (99.26) lebih baik