Kesan Spirulina Platensis Ke Atas Profil Lipid Darah

Spirulina platensis adalah alga mikroskopik yang berbentuk filamen yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral, dan ianya telah dijadikan sebagai makanan kesihatan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun data yang sahih masih diperlukan untuk membuktikan kesan perubatannya. Oleh yang demikian, kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mansur, Lilih Nurmaliah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1999
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11197/1/FPSK_M_1999_1_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Spirulina platensis adalah alga mikroskopik yang berbentuk filamen yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral, dan ianya telah dijadikan sebagai makanan kesihatan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun data yang sahih masih diperlukan untuk membuktikan kesan perubatannya. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan Spirulina platensis ke atas profil lipid darah dalam arnab. Analisis proksimat ditentukan dengan menggunakan kaedah AOAC, kandungan mineral pada Spirulina platensis dan makanan rawatan ditentukan dengan menggunakan sistem grafit pada AAS, manakala kajian in vivo dilakukan pada arnab untuk mengenalpasti kesan Spirulina platensis terhadap profil lipid darah dan pertambahan berat badan. Sejumlah 28 ekor arnab jantan baka New Zealand White dibahagikan kepada enam kumpulan: diet kawalan (K), diet kawalan + Spirulina platensis (KS), diet kawalan + minyak olein sawit (PO ), diet kawalan+ minyak