The Effects Of Selected Pesticides On Cytochrome P450 System And Acetylcholinesterase Activity In Haruan, Channa Striatus

Sebaran Sitokrom P-4S0 mikrosomal dikesan dalam organ haruan (Channa striatus), ikan air tawar tropika. Pengasingan mikrosom telah dilakukan berdasarkan tiga kaedah iaitu pengemparan-ultra pada 105,000 g selama 60 minit, pengemparan kelajuan-tinggi pada 40,000 g selama 90 minit dan teknik agregas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yu, Tian
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11204/1/FPSK_M_2000_1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebaran Sitokrom P-4S0 mikrosomal dikesan dalam organ haruan (Channa striatus), ikan air tawar tropika. Pengasingan mikrosom telah dilakukan berdasarkan tiga kaedah iaitu pengemparan-ultra pada 105,000 g selama 60 minit, pengemparan kelajuan-tinggi pada 40,000 g selama 90 minit dan teknik agregasi kalsium secara berturutan. Sitokrom P-450 hanya terdapat di dalam hati dan mikrosom usus, tetapi tidak di dalam organ lain seperti jantung, ginjal, limpa, insang dan otot. Karbon monoksida (CO) terturun sitokrom P-4S0 di dalam mikrosom hati menunjukkan penyerapan maksima spektrum pada 453 nm manakala di dalam usus mikrosom adalah pada 451 nm dalam mikrosom usus aman dengan menggunakan kedua - dua kaedah pengemparan-ultra dan kelajuan-tinggi. Pengemparan kelajuan-tinggi merupakan kaedah paling sesuai untuk digunakan di dalam pengasingan mikrosom kerana ia memberikan paras sitokrom p-4S0 yang paling tinggi iaitu sehingga 3.23 nm/g protein hepatik dan 2.24 nmol/g protein intestinal.