Hubungan Antara Kepekatan Plumbum Darah Dengan Status Pemakanan Murid-Murid Sekolah Rendah Di Kuala Lumpur

Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara kepekatan plumbum darah dengan status pemakanan di kalangan murid-murid sekolah rendah di Kuala Lumpur. Seramai 225 orang murid-murid Melayu berumur antara 6.3 hingga 9.8 tahun yang terdiri daripada 113 lelaki dan 112...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Elias, Saliza
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11219/1/FPSK_M_2001_7.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara kepekatan plumbum darah dengan status pemakanan di kalangan murid-murid sekolah rendah di Kuala Lumpur. Seramai 225 orang murid-murid Melayu berumur antara 6.3 hingga 9.8 tahun yang terdiri daripada 113 lelaki dan 112 perempuan telah dipilih sebagai responden kajian menggunakan kaedah rawak terstratum. Sampel darah murid-murid diambil mengikut kaedah cucukan hujung jari. Kepekatan plumbum darah diukur menggunakan instrumen Spektrometer Serapan Atom Relau Grafit model GBCAA 908AA. Status pemakanan responden dinilai menerusi status ferum, pengambilan nutrien dan antropometri. Dua indeks status ferum iaitu kepekatan hemoglobin dan % hematokrit digunakan untuk mengenalpasti kejadian anemia. Pola pengambilan makanan ditentukan menggunakan Soal Selidik Kekerapan Pengambilan Makanan manakala pengambilan nutrien (tenaga, protein, lemak, karbohidrat, kalsium dan ferum) diukur menggunakan kaedah Peringatan Semula Diet 24-jam.