Komposisi Nutrien, Aktiviti Antioksidan Total Dan Kesan Antikanser Ekstrak Tumbuhan Amaranthus Gangeticus, Coleus Blumei Dan Coleus Atropurpureus.

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kandungan nutrien, aktiviti antioksidan serta kesan anti kanser tiga jenis tumbuhan iaitu bayam merah (Amaranthus gangeticus Linn), ati-ati (Coleus blumei Benth) dan ati-ati merahl besar (Coleus atropurpureus Benth). Pemilihan adalah berdasarkan penggunaannya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah Sani, Huzaiman
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11241/1/FPSK_M_2002_8_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menentukan kandungan nutrien, aktiviti antioksidan serta kesan anti kanser tiga jenis tumbuhan iaitu bayam merah (Amaranthus gangeticus Linn), ati-ati (Coleus blumei Benth) dan ati-ati merahl besar (Coleus atropurpureus Benth). Pemilihan adalah berdasarkan penggunaannya sebagai makanan dan ubatan tradisional di Malaysia. Bagi analisis proksimat, mineral dan vitamin A, kaedah adalah merujuk kepada AOAC (1984) dan data-data yang diperolehi dibandingkan dengan sawi (brassica juncea) dan bayam putih (Amaranthus viridis) (Tee et aI., 1997). Keputusan menunjukkan A. gangeticus mengandungi kandungan protein (2.7%) dan abu (3.1%) yang tinggi. Kandungan karbohidrat (4.6%) dan lemak (6.6%) pula didapati tinggi pada C. atropurpureus. Bagi kandungan mineral (AOAC, 1984), didapati A. gangeticus mempunyai kandungan mineral yang tinggi terutamanya kalsium iaitu iaitu sebanyak 160. 98mg/100g dan ferum (88.51 mg/100g). Kandungan kalium, natrium dan vitamin A bagi A. gangeticus, C. blumei dan C. atropurpureus pula didapati rendah berbanding sawi dan bayam putih manakala jumlah kandungan serat bagi ketiga-tiga tumbuhan tersebut tidak jauh berbeza dengan jumlah kandungan serat bagi sawi dan bayam putih. Bagi