Kesan Hipokolesterolemik Buah-Buahan Tempatan Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada lima hidangan sehari dicadangkan oleh American Heart Association berdasarkan kandungan mikronutrien, antioksidan, fitokimia dan fiber diet yang terdapat di dalamnya. Kajian-kajian lepas telah membuktikan pengambilan buah-buahan mempunyai p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lamun@Jailani, Fadhilah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11259/1/FPSK_M_2003_13.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada lima hidangan sehari dicadangkan oleh American Heart Association berdasarkan kandungan mikronutrien, antioksidan, fitokimia dan fiber diet yang terdapat di dalamnya. Kajian-kajian lepas telah membuktikan pengambilan buah-buahan mempunyai perkaitan songsang dengan kejadian penyakit kronik terutarnanya penyakit kardiovaskular. Objektif utarna kajian ini adalah untuk menganalisis komposisi nutrien dan aktiviti antioksidan serta mengkaji potensi hipokolesterolemik buah-buahan tempatan iaitu jambu batu (Psidium guajava L.), betik (Carica papaya L.) dan nenas (Ananas comosus L.) dalam mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular secara in vivo dan klinikal. Sebanyak 81 ekor tikus Sprague Dawley jantan telah dibahagikan sarna banyak kepada sembilan kumpulan dalarn kajian in vivo. Pada minggu pertarna kajian lapan daripada sembilan kumpulan tersebut telah diaruh hiperkolesterolemia dengan menarnbah 1 % kolesterol dan 0. 1 % asid kolik dalam diet masing-masing. Kumpulan tikus yang tidak diaruh hiperkolesterolemia dijadikan sebagai kumpulan kawalan normal dan satu kumpulan tikus yang telah diaruh dijadikan sebagai kumpulan kawalan heperkolesterolemik.