Penglibatan ibu bapa, kemudahan fizikal dan kompetensi guru dengan pencapaian murid berkeperluan khas inklusif penuh dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi

Pendidikan Inklusif merupakan satu usaha murni dalam menyediakan peluang pendidikan kepada Murid Berkeperluan Khas bagi membolehkan mereka menikmati segala kemudahan belajar di persekitaran normal dan kondusif seperti murid lain tanpa mengira status mereka. Walau bagaimanapun, pencapaian Murid Berke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rani, Norhaslinda
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113341/1/113341.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan Inklusif merupakan satu usaha murni dalam menyediakan peluang pendidikan kepada Murid Berkeperluan Khas bagi membolehkan mereka menikmati segala kemudahan belajar di persekitaran normal dan kondusif seperti murid lain tanpa mengira status mereka. Walau bagaimanapun, pencapaian Murid Berkeperluan Khas Inklusif Penuh (MBKIP) yang kurang memberangsangkan menimbulkan kebimbangan kerana mereka juga perlu menduduki peperiksaan awam sama seperti murid arus perdana. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status pencapaian MBKIP, penglibatan ibu bapa, kemudahan fizikal dan kompetensi guru dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Kajian ini juga bertujuan memeriksa hubungan antara penglibatan ibu bapa, kemudahan fizikal dan kompetensi guru dengan pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT. Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk memeriksa peramal utama pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan. Responden terdiri daripada 171 orang guru mata pelajaran RBT yang mengajar MBKIP di sekolah menengah harian di sekitar Lembah Klang yang dipilih secara rawak mudah. Data dikutip dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa status pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT adalah pada mencapai tahap minimum, status penglibatan ibu bapa dalam mata pelajaran RBT adalah pada tahap guru kurang setuju, status kemudahan fizikal dalam mata pelajaran RBT adalah pada tahap guru bersetuju dan status kompetensi guru mata pelajaran RBT adalah pada tahap memuaskan. Keputusan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif dan sederhana yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT, hubungan positif dan kuat yang signifikan antara kemudahan fizikal dengan pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT dan hubungan positif dan kuat yang signifikan antara kompetensi guru dengan pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT. Selain dari itu, analisis regresi berganda mendapati ketiga-tiga faktor peramal iaitu penglibatan ibu bapa, kemudahan fizikal dan kompetensi guru menyumbang 50.5% ke atas pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT. Peramal utama pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT adalah kompetensi guru. Kajian ini mencadangkan agar kompetensi guru dari pelbagai aspek kemahiran turut dikaji agar penambahbaikan berterusan dapat dilakukan untuk meningkatkan kompetensi guru terhadap mata pelajaran RBT dan juga membantu peningkatan pencapaian MBKIP dalam mata pelajaran RBT.