Penilaian pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat bidang jahitan dan pakaian di Kolej Komuniti, Malaysia

Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk kolej komuniti menjalankan program pendidikan yang merangkumi program sepenuh masa dan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Bidang jahitan dan pakaian merupakan antara program pembelajaran sepanjang hayat yang paling banyak dijalankan di kolej komun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md. Shariff, Noorul'ain
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113836/1/113836.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk kolej komuniti menjalankan program pendidikan yang merangkumi program sepenuh masa dan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Bidang jahitan dan pakaian merupakan antara program pembelajaran sepanjang hayat yang paling banyak dijalankan di kolej komuniti. Maka penilaian program terhadap perlaksanaan program PSH perlu dijalankan untuk memastikan hasil program dicapai dengan penggunaan kos yang optimum. Namun begitu, penilaian perlaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti kurang memfokuskan kepada pendekatan berorientasikan pengurusan dan analisis kos bagi menambah baik program tersebut. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat bagi bidang jahitan dan pakaian di kolej komuniti terpilih yang merangkumi penilaian berdasarkan pendekatan berorientasikan pengurusan dan analisis kos. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan berpandukan dua objektif kajian iaitu; 1) menentukan faktor pelaksanaan program PSH bidang jahitan dan pakaian yang menyumbang kepada hasil program dan 2) menentukan pelaksanaan program PSH bidang jahitan dan pakaian yang lebih berkesan berdasarkan analisis kos. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes ke atas lima buah kolej komuniti. Sampel kajian terdiri daripada peserta program sebanyak 613 orang responden. Instrumen yang digunakan bagi mencapai objektif pertama adalah borang soal selidik yang mengkaji faktor perlaksanaan program yang terdiri daripada faktor kurikulum program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan dan peralatan, capaian program dan persekitaran pembelajaran. Instrumen ini dibangunkan oleh penyelidik berdasarkan kajian lepas dan telah melalui fasa kesahan kandungan dan kesahan konstruk. Manakala, bagi mencapai objektif kajian ke dua, instrumen borang pengukuran kos telah dibangunkan untuk mengukur anggaran kos program. Instrumen ini juga dibangunkan berdasarkan kajian lepas dan telah melalui fasa kesahan kandungan oleh pakar. Analsis regresi pelbagai menunjukkan faktor perlaksanaan yang menyumbang kepada hasil program berbeza mengikut kolej komuniti. Faktor kurikulum menjadi penyumbang utama kepada hasil program di kolej komuniti yang di kaji. Dapatan kajian mendapati faktor persekitan pembelajaran tidak menyumbang kepada mana-mana hasil program di kolej komuniti yang dikaji. Berdasarkan analisis kos, nisbah keberkesanan kos digunakan untuk menentukan kolej komuniti yang berupaya untuk menjalankan program yang lebih berkesan dengan penggunaan sumber kewangan yang optimum. Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak pengurusan kolej komuniti supaya memberikan fokus kepada faktor perlaksanaan program yang menyumbang kepada hasil program PSH bidang jahitan dan pakaian. Seterusnya mengambil inisiatif dalam meningkatkan kualti program supaya hasil program dapat dicapai dan menggalakkan pernyertaan yang tinggi bagi menghasilkan program PSH yang lebih berkesan. Justeru itu, penilaian program menggunakaan pendekatan berorientasikan pengurusan dan analisis kos adalah penting untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan program yang dijalankan adalah relevan dan berkesan daripada segi kos.