Amalan pembentukan insan berakhlak mulia dalam pembelajaran dan pemudahcaraan guru pendidikan moral sekolah menengah di Sabah, Malaysia
Pencapaian matlamat pembentukan insan berakhlak mulia (IBM) melalui pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral (PM) akan dapat menyumbang ke arah penyediaan modal insan seimbang khususnya dalam dunia pekerjaan kelak. Namun demikian, pembentukan IBM menerusi mata pelajaran PM memerlukan kefahama...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113955/1/113955.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pencapaian matlamat pembentukan insan berakhlak mulia (IBM) melalui
pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral (PM) akan dapat menyumbang
ke arah penyediaan modal insan seimbang khususnya dalam dunia pekerjaan
kelak. Namun demikian, pembentukan IBM menerusi mata pelajaran PM
memerlukan kefahaman guru terhadap konsep IBM yang secara tidak langsung
turut berkait dengan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam
dan luar bilik darjah sama ada secara formal dan langsung mahupun tidak formal
dan tidak langsung. Sehubungan itu, kajian ini memberi fokus untuk meneroka
dan memahami amalan pembentukan IBM dalam PdPc guru PM sekolah
menengah khususnya di Sabah menerusi dua persoalan yang diutarakan iaitu:
(1) Apakah kefahaman guru PM sekolah menengah di Sabah terhadap konsep
IBM? dan (2) Bagaimanakah amalan pembentukan IBM dilaksanakan dalam
PdPc guru PM sekolah menengah di Sabah? Kajian ini mengaplikasikan kaedah
penyelidikan kualitatif dengan pendekatan kajian kes dengan penglibatan
seramai enam orang guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Moral sekolah
menengah yang telah dipilih berdasarkan persampelan bertujuan menggunakan
strategi persampelan variasi maksimum dan teknik bola salji hingga mencapai
titik ketepuan data dan soalan temu bual. Data dikumpul melalui kaedah temu
bual separa berstruktur dan analisis dokumen serta sokongan daripada bahan
audio-visual, mengambil kira kekangan untuk melaksanakan perjumpaan
bersemuka sepanjang proses pengumpulan data dalam tempoh pandemik
COVID-19. Kaedah analisis tema dilaksanakan secara manual di samping
bantuan perisian Atlas t.i melalui proses pengekodan dan pengkategorian tema
untuk menjawab persoalan kajian ini.
Kajian menemukan bahawa kefahaman guru PM sekolah menengah di Sabah
terhadap konsep IBM adalah meliputi murid yang mempunyai perkembangan
kognitif moral, mempunyai emosi moral dan boleh bertindak berasaskan perlakuan moral berprinsip. Murid dikatakan berjaya memenuhi konsep IBM
apabila mereka mempunyai pengetahuan moral, boleh membuat penaakulan
dan pertimbangan rasional serta mempunyai kematangan untuk berubah.
Kefahaman guru PM sekolah menengah di Sabah terhadap konsep IBM tersebut
telah membawa kepada amalan pembentukan IBM yang dilaksanakan menerusi
peneguhan, kepelbagaian aktiviti dalam bilik darjah, aktiviti pembelajaran luar
bilik darjah dan karakter guru. Tema-tema yang terbentuk adalah gambaran
kepada asas daripada teori-teori berkaitan bidang moral seperti teori psikologi
perkembangan moral dan teori etika moral serta elemen-elemen proses PdPc
dalam Model Bersepadu Keberkesanan Sekolah, Model Heksagon
Pengetahuan Pedagogi Kandungan dalam pengajaran Sains dan Model
Kontekstual Keberkesanan Sekolah Pelbagai Peringkat. Implikasi kajian ini
dapat memberi gambaran lebih mendalam dan terperinci bahawa kepelbagaian
latar belakang guru PM boleh menyumbang kepada kepelbagaian kefahaman
terhadap konsep IBM serta kepelbagaian amalan pembentukan IBM dalam
PdPc PM.
Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat menyumbang kepada pengetahuan
baharu bahawa standard kemoralan dalam penentuan IBM adalah sesuai
dengan agama, kepercayaan serta norma masyarakat Malaysia sekaligus
mencerminkan bahawa tidak semua teori etika moral Barat boleh diaplikasi
dalam konteks PM di Malaysia. Tambahan pula, model-model yang asalnya
digunakan untuk menilai keberkesanan sekolah boleh membantu penerokaan
lebih mendalam terhadap faktor dan proses di sebalik interaksi setiap sistem
dalam pendidikan. Rumusannya, kajian ini membuka kepada peluang
penerokaan dan penelitian lanjutan terhadap fenomena di sebalik usaha
pencapaian matlamat PM. |
---|