Pengetahuan kandungan, pedagogi dan sikap terhadap kesediaan guru dalam pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di sekolah menengah di Selangor, Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengetahuan kandungan, pedagogi dan sikap dengan kesediaan guru terhadap pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sekolah menengah di negeri Selangor. Responden terdiri daripada 359 guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihata...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113959/1/113959.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengetahuan kandungan,
pedagogi dan sikap dengan kesediaan guru terhadap pengajaran Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sekolah menengah di negeri
Selangor. Responden terdiri daripada 359 guru Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (PJPK) yang dipilih menggunakan teknik persampelan
rawak berstrata berkadaran daripada 10 buah daerah yang terlibat. Borang soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan format skala
likert. Analisis kajian menunjukkan tahap kesediaan guru PJPK dalam
pengajaran PEERS berada di tahap tinggi (M = 4.10, SP = 0.59). Ketiga-tiga
pemboleh ubah bebas juga menunjukkan tahap yang tinggi dengan pemboleh
ubah sikap (M = 4.05, SP = 0.61) dan pemboleh ubah pengetahuan kandungan
dengan nilai (M = 4.00, SP = 0.62) manakala kajian juga mendapati pengetahuan
pedagogi berada pada tahap tinggi (M = 3.96, SP = 0.61). Dapatan korelasi Pearson
pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan
kandungan (r = .816, p = 0.00), pengetahuan pedagogi (r = .803, p = 0.00) dan
sikap (r = .806, p = 0.00) dengan kesediaan guru dalam pengajaran PEERS.
Akhir sekali, analisis regresi kajian menunjukkan pengetahuan kandungan,
pedagogi dan sikap sebagai peramal yang dapat menerangkan pemboleh ubah
bersandar kesediaan guru R Square = .755 (75.5%) dan sikap merupakan faktor
paling dominan sebagai penyumbang besar dengan 65 peratus terhadap
kesediaan guru dalam pengajaran PEERS. |
---|