Pengetahuan, amalan dan cabaran kepimpinan tertinggi Majlis Belia Malaysia menerajui Pembangunan Belia Positif dalam Dasar Belia Malaysia 2015-2035
Kajian ini dijalankan bagi meneroka pengalaman dan amalan kepimpinan tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD) yang merupakan teras utama Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035. Salah satu fungsi utama MBM ialah merealisasikan dasar, melaksanakan aktiviti, bakt...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114160/1/114160.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bagi meneroka pengalaman dan amalan kepimpinan tertinggi
Majlis Belia Malaysia (MBM) menerajui Pembangunan Belia Positif (PYD) yang
merupakan teras utama Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035. Salah satu fungsi
utama MBM ialah merealisasikan dasar, melaksanakan aktiviti, bakti dan advokasi yang
berpandukan DBM. Menjadi tugasan dan tanggungjawab MBM sebagai pemegang taruh
utama pembangunan belia memahami dan menjadikan DBM yang berteraskan PYD
sebagai rujukan dalam setiap perencanaan dan perancangan aktiviti dan programnya bagi
menghasilkan Matlamat 8C PYD. Namun begitu, sejauh mana kepimpinan tertinggi
MBM memahami dan menghayati prinsip dan gagasan PYD yang menjadi teras DBM
dalam pelaksanaan program dan aktiviti pembangunan belia. Kajian ini meneroka
beberapa persoalan seperti berikut: (i) Apakah pendekatan PYD yang menjadi teras
DBM menurut perspektif kepimpinan tertinggi MBM? (ii) Sejauh mana pencapaian
kepimpinan tertinggi MBM dalam melaksanakan aktiviti bermatlamat PYD? dan (iii)
Apakah cabaran dan bagaimanakah kepimpinan tertinggi MBM berjaya menterjemahkan
apa yang digarapkan dalam dasar kepada praktis pembangunan belia?
Pendekatan kajian kes kualitatif telah digunakan dan sejumlah 17 orang informan terlibat
dalam kajian ini melibatkan kepimpinan tertinggi MBM terdiri daripada Exco MBM,
pimpinan badan gabungan MBM yang menganggotai Dewan Tertinggi dan mantan
pimpinan MBM. Empat teknik pengumpulan data telah dipilih dan digunakan bagi
mengumpul data yang kaya iaitu, perbincangan kumpulan berfokus (PKB), temu bual
separa berstruktur dan disokong dengan maklumat berkaitan daripada pemerhatian turut
serta dan penganalisisan dokumen. Data yang diperoleh diberikan kod, kategori dan
subtema bagi membangunkan tema utama untuk menjawab setiap persoalan kajian.
Berdasarkan data kajian, pemahaman dan pendekatan kepimpinan tertinggi MBM
terhadap DBM yang berteraskan PYD tertumpu kepada empat konsep iaitu: (i)
Pemimpin nasional bernuansa global, (ii) Nilai unggul yang berpaksikan Perlembagaan
dan Rukun Negara, (iii) Kontemporari dan futuristik yang manusiawi dan (iv) Kolaborasi
pintar triple helix.
Kajian ini mendapati segala usaha yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi MBM
untuk memahami DBM dan menterjemahkannya kepada praktis hanya mampu
membentuk 5C (Penyayang, Cekap, Keyakinan, Kerjasama dan Kompetitif) dalam diri
belia yang mereka pimpin, mereka masih berusaha untuk membentuk 3C lagi
(Sumbangan, Bertimbang Rasa dan Perwatakan) dan ia tidak mustahil untuk dicapai jika
ada pembaharuan dalam corak dan gaya kepimpinan dan pengurusan kepimpinan
tertinggi MBM dengan benar-benar menghayati PYD dan mengadaptasi Model
Perencanaan Program Interaktif Caffarella. Kepimpinan tertinggi MBM juga telah pun
melaksanakan PYD melalui program dan aktivitinya, namun tidak secara sistematik,
strategik dan mendalam.
Pelaksanaan aktiviti dan program bagi mewujudkan PYD oleh kepimpinan tertinggi
MBM telah berhadapan dengan lima cabaran utama: (i) Kesediaan dan kematangan
pemimpin belia, (ii) Kelemahan pentadbiran pemegang taruh utama, (iii) Peluang terhad
dalam pembuatan keputusan dan polisi, (iv) Kekurangan pendedahan di pentas nasional
dan global, dan (v) Sokongan rentas kementerian yang lemah.
Secara ringkasnya, kajian ini berjaya meneroka pengalaman, amalan dan cabaran
kepimpinan tertinggi MBM menerajui PYD yang merupakan teras utama DBM 2015-
2035. Kajian ini mencadangkan agar dalam setiap perencanaan dan perlaksanaan
program dan aktiviti MBM, maka kepimpinan tertinggi MBM wajar menjadikan DBM
yang berteraskan PYD sebagai input manakala Model Perencanaan Program Interaktif
Caffarella sebagai proses bagi menghasilkan output dan outcome Matlamat 8C.
Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pengetahuan sedia ada dalam bidang
pembangunan belia dengan mengaitkan sumbangan MBM sebagai pemegang taruh
pembangunan belia. |
---|