Kesilapan sintaksis dalam penulisan memo dalaman

Penyelidikan ini, menjelaskan kesilapan sintaksis dan mendeskripsikan bentuk kesilapan sintaksis yang merangkumi kesilapan penggunaan tanda baca dalam penulisan memo dalaman oleh pihak pengurusan di Institut Pendidikan Guru di Kota Samarahan, Sarawak. Kriteria bagi kesempurnaan ayat sebagai suatu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Putit, Norlia
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114180/1/114180.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini, menjelaskan kesilapan sintaksis dan mendeskripsikan bentuk kesilapan sintaksis yang merangkumi kesilapan penggunaan tanda baca dalam penulisan memo dalaman oleh pihak pengurusan di Institut Pendidikan Guru di Kota Samarahan, Sarawak. Kriteria bagi kesempurnaan ayat sebagai suatu unit bahasa yang gramatis ialah bentuknya yang sempurna dari sudut sintaksis dan tidak mengalami penyimpangan dan pelanggaran bahasa dan tulisan. Oleh yang demikian, objektif penyelidikan ini adalah menjelaskan kesilapan sintaksis dalam penulisan isi kandungan yang digunakan dalam memo dan menghuraikan kesilapan tanda baca dalam penulisan isi kandungan memo dalaman. Kajian ini berlandaskan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et.al., (2015) yang merupakan hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif. Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui rumus yang telah diketengahkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015). Bahan kajian terdiri daripada memo dalaman yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru di Kota Samarahan, Sarawak sepanjang Januari sehingga Ogos 2015. Data dianalisis secara kualitatif dan dipersembahkan secara deskriptif. Dari aspek kesilapan sintaksis pula, kesilapan dalam aspek pembentukan ayat dan frasa merupakan kesilapan yang paling kerap ditemukan dalam penulisan isi kandungan memo. Data linguistik juga menunjukkan bahawa terdapat enam kesilapan tanda baca yang kerap hadir dalam isi kandungan memo ini, iaitu kesilapan tanda noktah (.), koma (,), koma bertitik (;), titik bertindih (:), kurung (()) dan garis miring (/). Kesilapan tanda noktah merupakan kesilapan yang kerap dilakukan oleh penulis memo kajian penyelidik.