Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus
Masyarakat bahasa Bajau Sama Kota Belud ialah penutur dwibahasa. Majoriti penutur menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, fenomena peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud di Sabah jelas sedang berlaku. Hal ini mendorong penyelidik untuk menjalankan kajia...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/1/114189.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-upm-ir.114189 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
spelling |
my-upm-ir.1141892024-12-06T03:40:23Z Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus 2020-10 Renddan, Berawati Masyarakat bahasa Bajau Sama Kota Belud ialah penutur dwibahasa. Majoriti penutur menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, fenomena peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud di Sabah jelas sedang berlaku. Hal ini mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian tentang kemerosotan penggunaan kosa kata dan sikap terhadap bahasa ibunda, penggunaan bahasa dalam domain khusus serta faktor-faktor peralihan bahasa per se di Kampung Taun Gusi 1, Kota Belud, Sabah. Sebanyak 300 peserta kajian dipilih mengikut kajian keratan lintang dalam Teori Peralihan Bahasa (Fishman, 1991). Mereka ialah K20an (20-29 tahun), K30an (30-39 tahun), K40an (40-49 tahun) dan K50an (50-59 tahun). Penyelidik melaksanakan kaedah tinjauan dan temu bual berserta soal selidik, nota catatan lapangan dan transkripsi. Penganalisisan data kajian dijalankan dengan aplikasi statistik deskriptif dalam SPSS. Penyelidikan ini menghasilkan tiga penemuan utama. Pertama ialah dimensi peralihan bahasa. Peratus pertuturan bahasa Bajau Sama sebagai bahasa ibunda telah merosot dari satu generasi ke satu generasi dan hanya tinggal 4% dalam kalangan K20an. Bagi pemahaman leksikal Bajau Sama Kota Belud, K20an memenuhi ‘skala implikasi’ Fishman (1991) dengan cara negatif. Pencapaian kata adjektif kumpulan ini hanya 32%, kata kerja (33.9%) dan kata nama (26.9%). Transmisi bahasa antara generasi dalam kalangan K20an adalah pada tahap ‘Terancam’ yang ditafsirkan sebagai ‘Bahasa ibunda digunakan oleh kebanyakan generasi ibu bapa dan ke atas.’ K30an, K40an dan K50an memilih tahap ‘Tidak Selamat’. Respons sikap sangat setuju terhadap bahasa Bajau Sama paling ketara dalam kalangan peserta kajian K50an. Bukti statistik dengan purata 83.00 yang diperoleh K50an adalah yang tertinggi diikuti K30an (48.20), K40an (41.80), dan purata skor merosot dengan ketara sebanyak 23.20 dalam respons K20an. Dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan, K20an paling kerap memilih bahasa Melayu. Bagi domain kejiranan, K20an dan K30an lebih kerap menggunakan bahasa Melayu. Semua kumpulan bertutur bahasa Melayu dalam aktiviti jual-beli. Dalam domain formal, iaitu pendidikan, semua kumpulan menggunakan bahasa Melayu. K20an paling kerap menggunakan bahasa Melayu dalam domain keagamaan dan perkhidmatan. K50an masih kekal menggunakan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain perkhidmatan. Kedua, faktor- faktor peralihan bahasa per se. Dislokasi fizikal terjadi apabila orang Bajau Sama meninggalkan kampung halaman kerana mobiliti sosial. Dislokasi demografi menunjukkan dari tahun 1991 hingga 2010, penduduk etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah, telah berkurangan sebanyak 15,865 orang. Bagi dislokasi sosial, interaksi dalam bahasa Melayu ialah proses asimilasi yang lambat-laun menghakis bahasa ibunda. Ketiga, jenis fungsi dwibahasa. Didapati lebih ramai penutur dwibahasa koordinat dalam kalangan peserta kajian daripada dwibahasa kompaun. Dwibahasa koordinat menyumbang kepada alih kod kerana mereka ialah dwibahasa satu sisi. Kesimpulannya, disarankan agar kurikulum bahasa Bajau Sama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di sekolah rendah demi mengekalkan daya hidup bahasa tersebut. Code switching (Linguistics) Bilingualism 2020-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/1/114189.pdf text en public http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18112 doctoral Universiti Putra Malaysia Code switching (Linguistics) Bilingualism Abdul Aziz, Adi Yasran |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
collection |
PSAS Institutional Repository |
language |
English |
advisor |
Abdul Aziz, Adi Yasran |
topic |
Code switching (Linguistics) Bilingualism |
spellingShingle |
Code switching (Linguistics) Bilingualism Renddan, Berawati Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus |
description |
Masyarakat bahasa Bajau Sama Kota Belud ialah penutur dwibahasa. Majoriti penutur menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, fenomena peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud di Sabah jelas sedang berlaku. Hal ini mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian tentang kemerosotan penggunaan kosa kata dan sikap terhadap bahasa ibunda, penggunaan bahasa dalam domain khusus serta faktor-faktor peralihan bahasa per se di Kampung Taun Gusi 1, Kota Belud, Sabah. Sebanyak 300 peserta kajian dipilih mengikut kajian keratan lintang dalam Teori Peralihan Bahasa (Fishman, 1991). Mereka ialah K20an (20-29 tahun), K30an (30-39 tahun), K40an (40-49 tahun) dan K50an (50-59 tahun). Penyelidik melaksanakan kaedah tinjauan dan temu bual berserta soal selidik, nota catatan lapangan dan transkripsi. Penganalisisan data kajian dijalankan dengan aplikasi statistik deskriptif dalam SPSS. Penyelidikan ini menghasilkan tiga penemuan utama. Pertama ialah dimensi peralihan bahasa. Peratus pertuturan bahasa Bajau Sama sebagai bahasa ibunda telah merosot dari satu generasi ke satu generasi dan hanya tinggal 4% dalam kalangan K20an. Bagi pemahaman leksikal Bajau Sama Kota Belud, K20an memenuhi ‘skala implikasi’ Fishman (1991) dengan cara negatif. Pencapaian kata adjektif kumpulan ini hanya 32%, kata kerja (33.9%) dan kata nama (26.9%). Transmisi bahasa antara generasi dalam kalangan K20an adalah pada tahap ‘Terancam’ yang ditafsirkan sebagai ‘Bahasa ibunda digunakan oleh kebanyakan generasi ibu bapa dan ke atas.’ K30an, K40an dan K50an memilih tahap ‘Tidak Selamat’. Respons sikap sangat setuju terhadap bahasa Bajau Sama paling ketara dalam kalangan peserta kajian K50an. Bukti statistik dengan purata 83.00 yang diperoleh K50an adalah yang tertinggi diikuti K30an (48.20), K40an (41.80), dan purata skor merosot dengan ketara sebanyak 23.20 dalam respons K20an. Dalam domain tidak formal seperti kekeluargaan, K20an paling kerap memilih bahasa Melayu. Bagi domain kejiranan, K20an dan K30an lebih kerap menggunakan bahasa Melayu. Semua kumpulan bertutur bahasa Melayu dalam aktiviti jual-beli. Dalam domain formal, iaitu pendidikan, semua kumpulan menggunakan bahasa Melayu. K20an paling kerap menggunakan bahasa Melayu dalam domain keagamaan dan perkhidmatan. K50an masih kekal menggunakan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain perkhidmatan. Kedua, faktor- faktor peralihan bahasa per se. Dislokasi fizikal terjadi apabila orang Bajau Sama meninggalkan kampung halaman kerana mobiliti sosial. Dislokasi demografi menunjukkan dari tahun 1991 hingga 2010, penduduk etnik Bajau Sama di Kota Belud, Sabah, telah berkurangan sebanyak 15,865 orang. Bagi dislokasi sosial, interaksi dalam bahasa Melayu ialah proses asimilasi yang lambat-laun menghakis bahasa ibunda. Ketiga, jenis fungsi dwibahasa. Didapati lebih ramai penutur dwibahasa koordinat dalam kalangan peserta kajian daripada dwibahasa kompaun. Dwibahasa koordinat menyumbang kepada alih kod kerana mereka ialah dwibahasa satu sisi. Kesimpulannya, disarankan agar kurikulum bahasa Bajau Sama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di sekolah rendah demi mengekalkan daya hidup bahasa tersebut. |
format |
Thesis |
qualification_level |
Doctorate |
author |
Renddan, Berawati |
author_facet |
Renddan, Berawati |
author_sort |
Renddan, Berawati |
title |
Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus |
title_short |
Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus |
title_full |
Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus |
title_fullStr |
Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus |
title_full_unstemmed |
Peralihan bahasa Bajau Sama Kota Belud dalam domain khusus |
title_sort |
peralihan bahasa bajau sama kota belud dalam domain khusus |
granting_institution |
Universiti Putra Malaysia |
publishDate |
2020 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114189/1/114189.pdf |
_version_ |
1818586189957955584 |