Supernatural dalam cerita rakyat Melayu Kedah

Supernatural boleh diterokai menerusi hasil kesusasteraan tradisional yang mengungkapkan kepercayaan masyarakat silam terhadap unsur mitos, mistik, sakral dan sebagainya. Supernatural ialah perkara-perkara yang tidak dapat digarap oleh kemampuan manusia biasa seperti kewujudan makhluk-makhluk ghaib....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halim, Nor Hanisah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/114196/1/114196.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Supernatural boleh diterokai menerusi hasil kesusasteraan tradisional yang mengungkapkan kepercayaan masyarakat silam terhadap unsur mitos, mistik, sakral dan sebagainya. Supernatural ialah perkara-perkara yang tidak dapat digarap oleh kemampuan manusia biasa seperti kewujudan makhluk-makhluk ghaib. Masyarakat Melayu tradisional percaya terhadap fenomena alam luar biasa ini hidup dari generasi ke satu generasi melalui tradisi lisan. Tambahan pula, cerita rakyat bukan sahaja sebagai hasil pengucapan sastera bagi sesuatu masyarakat tetapi juga dapat memberikan gambaran cara hidup atau lingkaran budaya sesuatu masyarakat. Penyampaian cerita rakyat Melayu yang dituturkan oleh penglipur lara atau tukang cerita berupaya menggambarkan hubungan manusia dengan kuasa ghaib. Jesteru bertitik tolak daripada pendapat sarjana-sarjana tersebut, kajian ini dilakukan untuk melihat kewujudan supernatural dalam cerita rakyat Melayu, Kedah. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu yang pertama mengklasifikasikan supernatural dalam cerita rakyat Melayu Kedah dan menganalisis supernatural dalam cerita rakyat Melayu Kedah berlandaskan model R.Lina:Komunikasi Dua Hala Terancang. Bagi melengkapkan kajian ini, teori yang digunakan ialah model R.Lina : Komunikasi Dua Hala Terancang (Roslina Abu Bakar, 2013). Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini mengaplikasikam kaedah kualitatif iaitu kajian lapangan. Penganalisan kajian ini berlandaskan Model R.Lina: Komunikasi Dua Hala Terancang oleh Roslina Abu Bakar (2013). Analisis data kajian dipecahkan kepada lima iaitu kewujudan makhluk ghaib, kewujudan objek yang luar biasa, kewujudan binatang yang luar biasa, kewujudan fenomena yang luar biasa dan kewujudan alam yang luar biasa. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat dua belas cerita rakyat Melayu yang menepati unsur-unsur supernatural yang diketengahkan oleh Noriah Taslim (1983) dan cerita rakyat di Kedah ini mempunyai banyak cerita yang berkaitan dengan supernatural dan alam ghaib yang masih dipercayai oleh masyarakat setempat tentang kewujudannya walaupun secara kasarnya kepercayaan terhadap kuasa supernatural yang dipengaruhi oleh kepercayaan animisme dan Hindu ini dilihat telah lama ditinggalkan oleh masyarakat Melayu. Cerita rakyat Melayu mempunyai banyak kisah-kisah supernatural yang perlu di lestari dan diperingati agar tidak hilang ditelan zaman.