Perubahan Buah Ciku (Achras Sapota L.) Semasa Perkembangan Dan Kesan Suhu Serta Pembungkusan Semasa Penyimpanan

Buah ciku jenis"Betawi"mencapai kematangan fisiologi pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga. Berat, isipadu dan saiz (panjang dan garis pusat) mempunyai korelasi yang bermakna dengan umur terutama sekali saiznya. Ketumpatan buah tidak berubah semasa kematangan (p < 0.05), oleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Taufik
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1994
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11830/1/FSMB_1994_5_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buah ciku jenis"Betawi"mencapai kematangan fisiologi pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga. Berat, isipadu dan saiz (panjang dan garis pusat) mempunyai korelasi yang bermakna dengan umur terutama sekali saiznya. Ketumpatan buah tidak berubah semasa kematangan (p < 0.05), oleh itu ia tidak boleh dijadikan sebagai indeks kematangan. Pada umur enam bulan selepas pemekaran bunga, kulit buah berwarna hijau muda bila diguris, pulpanya berwarna coklat muda, manakala bijinya berwarna hitam dan keras. Semasa kematangan fisiologi, ketegasan, kandungan lembapan, tanin dan pektio mencapai tahap maksimum. Asid tertitrat dan asid askorbik meningkat bingga bulan kelima dan kemudian menurun. Sebaliknya pH menurun hingga bulan kelima dan meningkat selepas itu. Jumlah gula, fruktosa, glukosa, sukrosa dan jumlah pepejal larot meningkat di sepanjang perkembangan buah. Pada masa yang sama kandungan kanji menurun.