Pengaruh Alam Semula Jadi Tempatan Dalam Reka Motif Tekstil Melayu Kelantan

Kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pengaruh alam semula jadi tempatan dalam reka motif tekstil Melayu di Kelantan. Dengan itu, kajian ini dijalankan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan untuk menyokong analisis. Kaedah kajian ini melibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussin, Haziyah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11946/1/FRSB_2000_2.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mendapat maklumat tentang pengaruh alam semula jadi tempatan dalam reka motif tekstil Melayu di Kelantan. Dengan itu, kajian ini dijalankan di daerah Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan kajian kualitatif telah digunakan untuk menyokong analisis. Kaedah kajian ini melibatkan dua sumber bahan, iaitu sekunder (bahan teks) dan primer (artifak dan temu bual). Sumber temu bual telah melibatkan 30 informan yang dipilih berdasarkan sampel bermaklumat secara teknik 'snowballing'. Bahan artifak pula terdiri daripada 315 jenis yang didapati daripada blok batik dan kain songket. Hasil kajian daripada bahan artifak mendapati tumbuh-tumbuhan merupakan sumber inspirasi yang terpenting, merangkumi 221 jenis (70.16 % ) . Kajian dari segi pemilihan dan kegunaan motif, mendapati penghasilan motif tumbuh-tumbuhan dibuat berdasarkan keunikan bentuk, sumber yang senang didapati, sumber makanan dan ubatan. Sumber pemilihan motif daripada hidupan pula adalah berdasarkan kepentingan dari segi makanan, pengaruh Hindu dan senang didapati. Motif daripada sumber kosmos dan alam bumi pula dipilih berdasarkan keunikan dan simbol . Dari segi teknik pula, batik lebih banyak menghasilkan motif tumbuh-tumbuhan berbanding dengan songket. Songket merupakan penyumbang terbanyak dalam penggunaan motif sumber hidupan, kosmos dan alam . Analisis kajian mendapati bahawa pemilihan motif tumbuh-tum buhan merupakan sumber utama dalam inspirasi motif tekstil di Kelantan berdasarkan kesedaran orang Melayu, khususnya seniman dan tukang serta pengguna terhadap larangan Islam . Analisis kajian ini juga mendapati ketiadaan kefahaman tentang prinsip reka bentuk menjadikan pengusaha tekstil lebih gemar meniru motif batik dari dalam dan luar negara. Dalam penghasilan motif songket pula, didapati penenun tidak lagi menghasilkan motif yang halus dari segi pembuatan. Penenun biasanya meniru motif yang dibuat pada masa lalu tanpa memahami falsafah pemilihan asal. Keadaan ini menghalang pengusaha batik dan songket daripada menjadi lebih kreatif dan inovatif.