Pembangunan Sistem Interaktif Untuk Pengcaman Pokok Pinggiran Jalan Di Semenanjung Malaysia

Proses pengcaman spesis merupakan asas kepada sistem pengurusan pokok. Dengan mengenali spesis secara terperinci menjadikan sistem pengurusan lebih ekonomik dan sesuatu tindakan yang diambil adalah lebih tepat. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menyediakan ruang kepada pelbagai bidang u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Taram, Emran @ Zahrin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/11949/1/FRSB_2001_2.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pengcaman spesis merupakan asas kepada sistem pengurusan pokok. Dengan mengenali spesis secara terperinci menjadikan sistem pengurusan lebih ekonomik dan sesuatu tindakan yang diambil adalah lebih tepat. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menyediakan ruang kepada pelbagai bidang untuk memanfaatkannya. Justeru itu Tree Easy Identification System (TreEZ) telah dibina sebagai sebuah aplikasi khusus untuk pengcaman pokok pinggiran jalan. Data 30 spesis pokok pinggiran jalan terpilih telah dimasukkan ke dalam sistem perisian. TreEZ memberikan alternatif kepada pengguna melalui penyediaan tiga kaedah pengcaman spesis iaitu secara Kekunci Taksonomi , Moriologi dan Nomenkletur. Setiap satu kaedah menyediakan aliran sistem pencarian yang berlainan, tetapi mencapai modul akhir yang serupa. Maklumat akhir spesis dipaparkan dalam bentuk teks penerangan dan gambar foto sifat vegetatif utama spesis berkenaan. Penekanan pendekatan interaktif dalam TreEZ menjadikannya mudah untuk dikendalikan oleh pengguna yang pelbagai . Kehadiran TreEZ berpotensi sebagai penyelesai kepada beberapa masalah utama dalam sistem pengcaman konvensional dan diharap akan menjadi perintis kepada kajian yang berkaitan di masa hadapan.