Penguasaan dan Struktur Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Singapura

Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ibunda telah diwajibkan kepada semua pelajar Melayu di Singapura sejak mereka berada dalam darjah satu. Setelah sepuluh tahun mempelajari bahasa Melayu mereka sewajarya telah dapat menguasai kemahiran membina ayat khususnya ayat majmuk. Sebaliknya kebanyakan pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rashid, Arpah
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12333/1/FBMK_2010_10A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ibunda telah diwajibkan kepada semua pelajar Melayu di Singapura sejak mereka berada dalam darjah satu. Setelah sepuluh tahun mempelajari bahasa Melayu mereka sewajarya telah dapat menguasai kemahiran membina ayat khususnya ayat majmuk. Sebaliknya kebanyakan pelajar Melayu hari ini tidak dapat menguasai struktur sintaksis terutama ayat majmuk dengan baik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penguasaan struktur ayat majmuk dalam penulisan karangan pelajar, khususnya melihat penguasaan dan struktur ayat gabungan, ayat pancangan dan ayat campuran.Kajian ini meninjau seramai 115 orang pelajar-pelajar menengah empat dari empat buah sekolah menengah di Singapura. Mereka telah menjalani kursus pembelajaran formal selama sepuluh tahun berdasarkan kurikulum bahasa Melayu Kementerian Pendidikan Singapura. Dengan menggunakan teori transformasi generatif penyelidik menggunakan rumus struktur BM dalam bentuk rajah pohon untuk menunjukkan struktur-struktur dalaman dan luaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang satu-perdua (2378) daripada jumlah ayat yang dibina merupakan ayat majmuk, suku daripadanya adalah tidak gramatis. Kebanyakan kelemahan dalam pembinaan ayat ialah dalam penggunaan kata hubung. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat korelasi yang erat dan signifikan di antara jumlah ayat majmuk yang gramatis (r = .660) dan jumlah ayat majmuk (r = .347) dengan pencapaian bahasa dalam karangan. Seterusnya kajian ini mendapati ada perkaitan yang positif (r= 0.206) dan signifikan (p=0.05) di antara minat membaca dengan pencapaian bahasa. Dalam penggunaan kata hubung, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai kelemahan yang ketara dalam penguasaan penggunaan kata hubung yang tepat apabila didapati penggunaan kata hubung „dan’ sangat tinggi peratusan kehadirannya (71%) berbanding dengan kata hubung yang lain. Dengan kelemahan dalam penguasaan dan struktur ayat majmuk dan seterusnya dalam penguasaan bahasa Melayu, maka pihak yang terlibat di Singapura perlu berusaha untuk memperbaiki agar dapat mengekalkan penggunaan bahasa Melayu menurut tatabahasa yang betul.