Implikatur Dalam Ujaran Watak Dalam Filem Seniman Agung P. Ramlee

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis implikatur dalam ujaran watak filem Seniman Agung P. Ramlee. Dalam menganalisis implikatur yang dijadikan bahan kajian, pengkaji menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1995). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan implikatur...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Atan, Mustafa
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2010
主題:
P
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12338/1/FBMK_2010_14A.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dilakukan untuk menganalisis implikatur dalam ujaran watak filem Seniman Agung P. Ramlee. Dalam menganalisis implikatur yang dijadikan bahan kajian, pengkaji menggunakan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1995). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan implikatur,dalam filem, mengenalpasti fungsi implikatur dalam filem untuk menyampaikan mesej dalam bahasa dan budaya Melayu dan membincangkan keberkesanan penggunaan implikatur dalam menonjolkan aspek bahasa dan budaya Melayu. Ujaran-ujaran yang mempunyai makna implisit atau makna yang tidak digambarkan oleh kata-kata yang membina ujaran tersebut telah dipetik sebagai data kajian Penganalisisan terhadap implikatur yang dikaji mencakupi aspek kesantunan berbahasa masyarakat Melayu dalam menyampaikan nasihat, mencabar, menyatakan kekesalan menyindir dan mengejek. yang disampaikan secara tidak langsung kepada pendengar.. Seseorang yang mengamalkan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi dipandang tinggi oleh masyarakat Melayu. Berdasarkan dapatan kajian, dapat dibuat rumusan bahawa ujaran yang dituturkan dalam filem yang dikaji mempunyai makna yang berlapik atau tersirat. Hal ini sesuai dengan budaya msyarakat Melayu yang tidak menyampaikan hasrat dan keinginan mereka secara berterus terang. Hasil kajian menunjukkan masyarakat Melayu menggunakan pelbagai bentuk bahasa dalam ujaran-ujaran yang bertujuan untuk menyampaikan mesej atau maksud seperti penyataan yang berlebihan, bahasa sindiran, bahasa kiasan, metafora dan ketidak sesuaian mengikut konteks. Hasil kajian juga mendapati konteks, kesan konteks dan kos memproses maklumat adalah penting untuk memastikan mesej yang disampaikan berjaya disingkap oleh pendengar.