Amalan Pembelian Barang Permainan Yang Selamat Untuk Kanak-Kanak Dalam Kalangan Ibu Bapa

Keselamatan merupakan komponen penting bagi mengukur kesejahteraan pengguna termasuk golongan kanak-kanak dan merupakan petunjuk bagi kualiti dan kesejahteraan hidup bagi manusia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pembelian barang permainan yang selamat untuk kanak-kanak dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharif, Noor Syaizwanna
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/12343/1/FEM_2010_2A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan merupakan komponen penting bagi mengukur kesejahteraan pengguna termasuk golongan kanak-kanak dan merupakan petunjuk bagi kualiti dan kesejahteraan hidup bagi manusia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji amalan pembelian barang permainan yang selamat untuk kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan rentas dan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang sosio demografi dan sosio ekonomi, persepsi terhadap keselamatan barang permainan, sikap terhadap keselamatan barang permainan, tahap pengetahuan tentang keselamatan barang permainan, dan amalan pembelian barang permainan yang selamat. Kajian melibatkan 800 orang iaitu 286 bapa dan 514 ibu dengan purata umur 31 tahun dan purata pendapatan bulanan RM2,092.68. Responden kajian merupakan ibu bapa kepada kanak-kanak 3 tahun ke bawah yang dihantar ke pusat asuhan yang berdaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Hasil kajian mendapati bahawa, persepsi terhadap keselamatan barang permainan dipengaruhi oleh cadangan pakar (56.5%) dan pengujian barangan (55.5%). Dapatan kajian mendapati sikap ibu bapa terhadap keselamatan barang permainan berada pada tahap positif (92.8%). Majoriti responden tidak mengetahui tanda keselamatan seperti tanda CE (74.9%), tanda layang-layang (66.5%) dan tanda singa (58%). Hasil ujian kolerasi Pearson menunjukkan angkubah umur, persepsi dan sikap terhadap keselamatan barang permainan mempunyai hubungan yang kuat dengan amalan pembelian barang permainan. Analisis regresi berganda mencatatkan nilai R2 iaitu 0.256 dan secara keseluruhannya daripada enam angkubah, tiga angkubah menerangkan sebanyak 25.6% varians dalam amalan pembelian barang permainan yang selamat. Kajian merumuskan bahawa, terdapat amalan pembelian barang permainan yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa semasa membeli seperti jaminan keselamatan, keselamatan fizikal, bahaya barang permainan, kesesuaian umur, pengujian dan ketahanan barang permainan. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan amalan pembelian barang permainan yang selamat di kalangan ibu bapa, pihak kerajaan, badan bukan kerajaan, agensi pengujian barangan dan pihak industri perlu menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan barang permainan dengan lebih proaktif supaya keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah terjamin dan dilindungi.